Wednesday, April 13, 2016

Nick Name @ Panggilan Manja



Semalam buka lah FB. Tup2 ada membe post pic ni. Erm. Tertarik pula nak story mory tentang nick name yang kita dapat dari kecil sampailah sekarang. Uols pun mesti ada punya nick name sendiri kan.

Nak pula panggilan nama manja, lagi banyak kan. Hihihi. Kadang-kadang tu nama panggilan tu bukan kita yang letak tapi membe2  yang letak. Nama-nama yang dioang letak ni pelik2 pulak tu. Mana dioang dapat tak tahu lah. Tak logik pun ye juga.

Nama aku yang sebenar pendek je. Nama pun tak ada lah kebaboomm sangat macam budak2 zaman sekarang kan. NOR FADZILAH. Maksudnya Cahaya Kelebihan. Simple kan. Tapi ada juga orang yang eja nama aku salah. Mesti akan hilang salah satu huruf ‘D’ atau ‘Z’. Erm. Kecewa mak jemah rasa.

Dalam family aku, panggilan yang aku dapat adalah ADIK. Disebabkan aku ni anak bongsu, dapatlah gelaran ni. Sekarang umur pun dah makin tua, tapi still dapat lagi title ni. Kadang2 rasa macam segan juga. Yelah, dah tua kot. Nak panggil adik juga ke. Eeeuuww. Kadang2 kene juga perli dek anak sedara. “Dah tua pun still panggil ‘adik’ lagi ke”. Hihi. Apa2 pun, aku dah tak kesah pun dengan panggilan tu. Dah lali.

Kawan2 & makcik2 yang dekat dengan rumah aku pula panggil aku KAK CIK. Sebab apa panggil aku kak cik? Aku sendiri pun tak tahu. Maybe sebab aku ni kecik kot. Hihi. Sepupu sepapat & sedara mara aku pun panggil aku dengan panggilan ni. 

Bila dah masuk sekolah rendah, membe-membe panggil FADZILAH. Wow, full name tu. Yelah, budak-budak lagikan. Skema. Panggil nama orang pun panjang-panjang. Tak ada dah nak short. Nasib baik tak panggil dengan NOR sekali kan. Tak pun panggil dengan nama ayah sekali. Hehe.

Bila dah masuk sekolah menengah, nama pun dah makin pendeklah. Kawan-kawan mula panggil aku ILAH. Eh, pendek dah nama aku. Hilang dah huruf-huruf kat depan tu. Kesian mak ayah aku penat2  letak nama panjang2, lastly tinggal 4 huruf je. Masa aku masuk sekolah menengah tu, ada kawan aku yang nama sama dengan aku. Sejibik ejaan dia. Nasib baik nama ayah beza. So, nak membezakan nama kami, membe-membe panggil aku ILAH S (S tu singkatan untuk nama ayah aku). 

Then masa masuk form 6, aku dapat pula panggilan ADIK. Aih, makin mengecil pula aku ni. Nak tahu kenapa aku dapat panggilan ni? Kes nya disebabkan tarikh lahir aku lah. Student form 6 waktu tu tak ramai pun yang duduk asrama. So, memang kami ni dah macam adik-beradik. Membe-membe aku pun susun lah ikut tarikh lahir. Disebabkan aku ni dilahirkan bulan 12, title yang layak untuk aku adalah 'adik'. Sampai budak2 lelaki pun panggil aku 'adik'. Erm. Terima jelah. Yang penting aku sayang akak2 & abang2 aku (membe2 form 6). Bila dioang tanya aku "bila ko nak kawin?" . Automatik kita guna jawapan padu. "adik kene kasi akak2 & abg2 kawin dulu". Menang. Ehehe.

Opss, tak habis lagi okey.

Ni last title yang aku dapat. ILOQ. Arrggghhh. Rosak habis nama aku dibuatnya. Apa maksud dia? Dari mana dia datang? OMG. Cerita dia bila aku masuk UUM. Aku kenal sorang membe aku ni start masuk UUM. Dia ni orang Tawau, Sabah. Cantik. Dia lah yang kasi nama aku ILOQ. Katanya, ada budak dekat sabah yang namanya ILAH. Tapi dioang tukar jadi ILOQ. Lastly, dia tukar nama aku juga. Sabar jelah. 

Tapi sekarang aku dah mula tukar ejaan nama panggilan aku sendiri. Dari ejaaan ILAH kepada ILA. Kesnya aku pernah baca artikel tentang panggilan nama ILAH. Panggilan ni tak sesuai sangat lah. 

Ilah dalam bahasa Arab, artinya Dewa, pujaan, tuhan, sesembahan

Sejauh mana kesahihan dia, wallahualam. Lebih baik kita mencegah dulu kan. So pada kawan2 semua, semaklah maksud panggilan nama yang kita dapat tu. Mana tahu maksudnya buruk kan. 






kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment