Friday, April 8, 2016

Mulut Tempayan


Salam jumaat semua. Hari ni dah pengakhir bulan Jamadil Akhir dah kan. Sekejap je masa berlalu. Esok dah rejab. Pastu syaaban. Pastu ramadhan. Pastu pastu pastu. Nyanyi sendiri ye. Apa yang kita perlu tahu, putaran masa sekarang ni sangat-sangatlah cepat.


Opppss. Terbebel ke laut lak. Dah lari tajuk namanya ni. Pape pun, jom kita layan lagu MULUT TEMPAYAN dulu. Disebabkan zaman sekarang ramai sangat yang jenis 'mulut tempayan', maka keluarlah lagu ni. Sape yang tak sedar lagi tak tahu lah mak jemah nak cakap.


Tapi dari pengalaman aku selama 2X tahun ni, mana2 pun aku kerja or belajar, mesti akan wujud manusia yang BERMULUT TEMPAYAN. Kalau ada pun maybe 1 dalam seribu kot yang bebas dari manusia yang bermulut tempayan ni. Aku tak faham betul kenapa & mengapa ada manusia yang suka mulut tempayan. Nak kata dibayar gaji, tak juga. Anugerah pun tak juga. So, dioang ni dapat apa ye? Kepuasan? Maybe la kot.


Tapi sayang lah sebab dioang yang jenis mulut tempayan ni tak mungkin akan dapat kepuasan selama-lamanya. Mesti hati dioang tak tenteram punyalah. Hati yang kotor mana boleh bahagia. Kita yang kena dizalimi oleh manusia yang bermulut tempayan ni bawa2 bersabar jelah ye. Janji Allah itu pasti. Siapa yang menzalimi manusia lain pasti akan ada balasannya.


Haaa bila tiba  masanya si mulut tempayan ni kene balasan dari yang maha Esa, apa lagi kita ketawakan dia balik. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Time tu kita keluarlah segala hadis kat dia. Biar celik sikit akal dia.


Okey, tu je aku nak bebelkan hari ni. Bebel bukan sebab saje-saje okey. Aku bebel sebab aku pun dah terkena dengan manusia yang bermulut tempayan. Wwwwwaaaaaaa. Sakit jiwa rasa dengan manusia jenis ni. Rasa nak bawa cili padi yang paling pedas tu nak tenyeh-tenyeh mulut dia. Tak pun amik mulut dia letak dalam tempayan. Padan muka.

Pape pun, kita ni manusia biasa. Apa yang boleh kita buat, just sabar, berdoa. Harap2 si mulut tempayan tu sedar dan bertaubat dengan keburukan yang dia dah buat tu. Amin. Ok, hati dah rasa lega sikit sebab dah bebel dalam ni. Aku nak buka lagu Mulut Tempayan ni kuat2 lepas ni. Ehehe.





kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment