Wednesday, April 13, 2016

Nick Name @ Panggilan Manja



Semalam buka lah FB. Tup2 ada membe post pic ni. Erm. Tertarik pula nak story mory tentang nick name yang kita dapat dari kecil sampailah sekarang. Uols pun mesti ada punya nick name sendiri kan.

Nak pula panggilan nama manja, lagi banyak kan. Hihihi. Kadang-kadang tu nama panggilan tu bukan kita yang letak tapi membe2  yang letak. Nama-nama yang dioang letak ni pelik2 pulak tu. Mana dioang dapat tak tahu lah. Tak logik pun ye juga.

Nama aku yang sebenar pendek je. Nama pun tak ada lah kebaboomm sangat macam budak2 zaman sekarang kan. NOR FADZILAH. Maksudnya Cahaya Kelebihan. Simple kan. Tapi ada juga orang yang eja nama aku salah. Mesti akan hilang salah satu huruf ‘D’ atau ‘Z’. Erm. Kecewa mak jemah rasa.

Dalam family aku, panggilan yang aku dapat adalah ADIK. Disebabkan aku ni anak bongsu, dapatlah gelaran ni. Sekarang umur pun dah makin tua, tapi still dapat lagi title ni. Kadang2 rasa macam segan juga. Yelah, dah tua kot. Nak panggil adik juga ke. Eeeuuww. Kadang2 kene juga perli dek anak sedara. “Dah tua pun still panggil ‘adik’ lagi ke”. Hihi. Apa2 pun, aku dah tak kesah pun dengan panggilan tu. Dah lali.

Kawan2 & makcik2 yang dekat dengan rumah aku pula panggil aku KAK CIK. Sebab apa panggil aku kak cik? Aku sendiri pun tak tahu. Maybe sebab aku ni kecik kot. Hihi. Sepupu sepapat & sedara mara aku pun panggil aku dengan panggilan ni. 

Bila dah masuk sekolah rendah, membe-membe panggil FADZILAH. Wow, full name tu. Yelah, budak-budak lagikan. Skema. Panggil nama orang pun panjang-panjang. Tak ada dah nak short. Nasib baik tak panggil dengan NOR sekali kan. Tak pun panggil dengan nama ayah sekali. Hehe.

Bila dah masuk sekolah menengah, nama pun dah makin pendeklah. Kawan-kawan mula panggil aku ILAH. Eh, pendek dah nama aku. Hilang dah huruf-huruf kat depan tu. Kesian mak ayah aku penat2  letak nama panjang2, lastly tinggal 4 huruf je. Masa aku masuk sekolah menengah tu, ada kawan aku yang nama sama dengan aku. Sejibik ejaan dia. Nasib baik nama ayah beza. So, nak membezakan nama kami, membe-membe panggil aku ILAH S (S tu singkatan untuk nama ayah aku). 

Then masa masuk form 6, aku dapat pula panggilan ADIK. Aih, makin mengecil pula aku ni. Nak tahu kenapa aku dapat panggilan ni? Kes nya disebabkan tarikh lahir aku lah. Student form 6 waktu tu tak ramai pun yang duduk asrama. So, memang kami ni dah macam adik-beradik. Membe-membe aku pun susun lah ikut tarikh lahir. Disebabkan aku ni dilahirkan bulan 12, title yang layak untuk aku adalah 'adik'. Sampai budak2 lelaki pun panggil aku 'adik'. Erm. Terima jelah. Yang penting aku sayang akak2 & abang2 aku (membe2 form 6). Bila dioang tanya aku "bila ko nak kawin?" . Automatik kita guna jawapan padu. "adik kene kasi akak2 & abg2 kawin dulu". Menang. Ehehe.

Opss, tak habis lagi okey.

Ni last title yang aku dapat. ILOQ. Arrggghhh. Rosak habis nama aku dibuatnya. Apa maksud dia? Dari mana dia datang? OMG. Cerita dia bila aku masuk UUM. Aku kenal sorang membe aku ni start masuk UUM. Dia ni orang Tawau, Sabah. Cantik. Dia lah yang kasi nama aku ILOQ. Katanya, ada budak dekat sabah yang namanya ILAH. Tapi dioang tukar jadi ILOQ. Lastly, dia tukar nama aku juga. Sabar jelah. 

Tapi sekarang aku dah mula tukar ejaan nama panggilan aku sendiri. Dari ejaaan ILAH kepada ILA. Kesnya aku pernah baca artikel tentang panggilan nama ILAH. Panggilan ni tak sesuai sangat lah. 

Ilah dalam bahasa Arab, artinya Dewa, pujaan, tuhan, sesembahan

Sejauh mana kesahihan dia, wallahualam. Lebih baik kita mencegah dulu kan. So pada kawan2 semua, semaklah maksud panggilan nama yang kita dapat tu. Mana tahu maksudnya buruk kan. 






kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Friday, April 8, 2016

Mulut Tempayan


Salam jumaat semua. Hari ni dah pengakhir bulan Jamadil Akhir dah kan. Sekejap je masa berlalu. Esok dah rejab. Pastu syaaban. Pastu ramadhan. Pastu pastu pastu. Nyanyi sendiri ye. Apa yang kita perlu tahu, putaran masa sekarang ni sangat-sangatlah cepat.


Opppss. Terbebel ke laut lak. Dah lari tajuk namanya ni. Pape pun, jom kita layan lagu MULUT TEMPAYAN dulu. Disebabkan zaman sekarang ramai sangat yang jenis 'mulut tempayan', maka keluarlah lagu ni. Sape yang tak sedar lagi tak tahu lah mak jemah nak cakap.


Tapi dari pengalaman aku selama 2X tahun ni, mana2 pun aku kerja or belajar, mesti akan wujud manusia yang BERMULUT TEMPAYAN. Kalau ada pun maybe 1 dalam seribu kot yang bebas dari manusia yang bermulut tempayan ni. Aku tak faham betul kenapa & mengapa ada manusia yang suka mulut tempayan. Nak kata dibayar gaji, tak juga. Anugerah pun tak juga. So, dioang ni dapat apa ye? Kepuasan? Maybe la kot.


Tapi sayang lah sebab dioang yang jenis mulut tempayan ni tak mungkin akan dapat kepuasan selama-lamanya. Mesti hati dioang tak tenteram punyalah. Hati yang kotor mana boleh bahagia. Kita yang kena dizalimi oleh manusia yang bermulut tempayan ni bawa2 bersabar jelah ye. Janji Allah itu pasti. Siapa yang menzalimi manusia lain pasti akan ada balasannya.


Haaa bila tiba  masanya si mulut tempayan ni kene balasan dari yang maha Esa, apa lagi kita ketawakan dia balik. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Time tu kita keluarlah segala hadis kat dia. Biar celik sikit akal dia.


Okey, tu je aku nak bebelkan hari ni. Bebel bukan sebab saje-saje okey. Aku bebel sebab aku pun dah terkena dengan manusia yang bermulut tempayan. Wwwwwaaaaaaa. Sakit jiwa rasa dengan manusia jenis ni. Rasa nak bawa cili padi yang paling pedas tu nak tenyeh-tenyeh mulut dia. Tak pun amik mulut dia letak dalam tempayan. Padan muka.

Pape pun, kita ni manusia biasa. Apa yang boleh kita buat, just sabar, berdoa. Harap2 si mulut tempayan tu sedar dan bertaubat dengan keburukan yang dia dah buat tu. Amin. Ok, hati dah rasa lega sikit sebab dah bebel dalam ni. Aku nak buka lagu Mulut Tempayan ni kuat2 lepas ni. Ehehe.





kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Friday, April 1, 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

p/s: tak salah kita mencuba. Mana tau rezeki.. Hihi..
kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Thursday, March 31, 2016

AFTER 10 YEARS


Kerajinan untuk menulis entry sudah mula menguasai jari jemari ku kini... Siap la kau blog, keje 'muntah' kan entry2 aku la keje kau lepas ni yer...

See the 'tajuk' la kan. Apa yang dah berlaku after 10 years ye? Bila tgk pada nombor 10 TAHUN tu rasa mcm tak percaya je yang ia dh berlalu 10 thn lps... tp itulah reality nya... hehehehe.... 

Al-kisahnya ~~~>> zaman sekolah menengah lar.... form 5...

Dulu masa zmn FB, group form 5 wujudlah. Macam2 la stoy mory, cerita bagai dlm FB tu... tp xlama, xsmp beberapa bulan je dh senyap... tak timbul2 dah group tu... Biasa lah memasing ada keje + life memasing kan... So, moment time sekolah dh xsama dgn moment pas sekolah... 

2016 bermula lah pertemuan semula bdk2 sekolah form 5 yang dh lama hilang entah duduk celah mana sekarang ni. Mcm mana pertemuan tu berlaku... Haaaa...mai cheq na cita ni... 

Cerita dia bermula dr satu kad jemputan kawin.. Mesti korang rasa mcm biasa2 je.. yelah, kad kahwin je pun..semua org pernah dpt lar.... (rilex2, jgn memarah yer) Kad kahwin tu tersebar mcm 'kilat' dan yg menerima kad kahwin tu mst membolat mata tu... terkezuttt.... mau tak terkejut kalau nama pengantin tu adalah.....................................

NAMA CIKGU + NAMA BEKAS PELAJAR

oppppss... nama kene lah rahsia, takut nanti jd viral...so dangerous....nnt ak kene saman lak... pasangan ni ada dlm pic kat bwh...carilah sendiri.. 

Wowww.... 10 thn dioang simpan rahsia relationship dr kengkawan satu kelas... selama ni kami sll dgr cerita yang ada terserempak dgn mereka kt bandar.. aku sendiri pun selalu nampak yang si H ni bw kereta cikgu aku... teeeettttt....rupanya memang ada hubungan pun.....

 So, dr sini lah pertemuan kami satu kelas 5 Akaun berkumpul semula dlm WHATSAPP... tQ 'awak' sbb memudahkan kami utk jumpa blk & refresh blk moment2 lama.... terasa mcm dioang semua umur 17 thn lak even realitynya ade yg dah beranak pinak okey.... 

Apa2 pun , aku doakan semua kwn2 5 Akaun bahagia + dimurahkan rezeki + soleh&solehah + dirahmati Allah selalu.... amin....

Dan al-fatihah untuk sahabat kami Saifuddin (duduk sebelah teacher) yang telah meninggal dunia 8 tahun lalu akibat kemalangan di jalan raya. Semoga roh beliau ditempatkan di tempat org yang beriman. Setiap kenangan kami dengan beliau masih segar diingatan... 





kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Wednesday, March 30, 2016

Hi "March 2016"


Setahun sekali baru nak update blog. Memang rare lar... BZ bebeno la gaya nya erk. tapi ok juga lah reminder (otak) aku ni kan, boleh ingat email & password blog even setahun sekali aku log in blog ni... Lepas ni kene key in details dlm diary lar... syg kalau lupa.. byk sgt story mory, kenangan dlm blog ni... Bila bace blk, mula lah nak gelak sorang2... heheheheh....

oklah ni jer yg mampu nk ckp...dah xada idea.. daaa





kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Tuesday, February 2, 2016

mR. Axia - Midnight Blue

Syukur Alhamdulillah, setelah sekian lama aku mencuba mencuba dan terus mencuba untuk mohon loan kereta, akhirnya lulus juga.Yeyyy. Thanks sesangat salesman, En. Johan coz sudi bantu & lyn kerenah cik adik yg asyik blurr bab2 kereta ni. Hihi. En. Johan ni lah yg tlg hantar dokumen2 ke bank2 smp dia sendiri fed-up nak berurusan dgn bank. Al maklum jelah, masa ni bank2 dah mula ketatkan syarat permohonan pinjaman. Dengan ekonomi yg makin gawat. GST lagi.

Ni masa nak sign agreement. Letih tgn nak sign. Banyak btl. Last2 tu sign pun dah ke laut jadinya. 


Waktu tu aku just tawakkal jelah. Kalau ada rezki, ada lah. Kalau tak ada, nak buat mcm mana kan. Tapi tulah kan, rezeki mana boleh kita tahu kan. Finally dapat juga. First choice ak dulu nak PESONA, tp bila fikir2 kan semula, dengan gaji yang tak seberapa ni terpaksalah lupakan. Zaman skrg ni kene ikut pada kemampuan jgn ikut kemahuan okey.

Then, aku pilih Axia G. Cukuplah utk aku guna pergi kerja setiap hari. Jimat minyak. Kecil. Mudah nak menyelit. Hihi. Tau tak, masa nak buat confirmation dgn salesman ttg colour kereta, we ols bertengkar jg lah coz ak nak colour hitam tp saleman ckp yg ada colour midnight blue. Owh, no no no. Ak mmg tak suka colour ni. Kalau nak juga colour hitam kene tunggu dlm 1-2 bln. Day by day saleman call & pujuk ak utk terima colour tu. Lastly, aku terpaksa mengalah jg.

Parking jap Mr.A dah penat berjln.


Dulu masa aku mula2 nak apply loan ni, berkali2 salesman ni tny ak btl ke tak ak nak amik gear MANUAL. hahahahaha. Katanya susah nak jumpa girl yg nak gear manual. Selalu minta auto. Maafla En. Johan, u punya client ni pelik sikit. Hihi.

Apa2 pun everything dah selesai. 2.2.2016 Mr.A lahir. Then tuan dia lak 12.12.19xx. Eh cantik lak nombor lahir kita ye.



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga