Tuesday, November 10, 2015

New Life

2015 adalah tahun yang banyak mengajar aku erti 'kehidupan' . Alhamdulillah, sehingga kini aku diberi kesempatan oleh-Nya untuk menikmati keindahan kehidupan di bumi ini. 

Tiba2 lak hari ni tergerak hati nak buka blog yang makin lama makin berhabuk dek kerana tak berusik oleh empunya blog. Bz kah aku sampai langsung xada masa??? Biasalah kan, makin meningkat umur ni, makin banyak pancaroba dalam kehidupan ni. Satu persatu masalah datang dan sehingga kini aku masih lagi mencari solution masalah2 ni semua. Harap2 penutupan tahun 2015 memberikan aku 1001 senyuman. In Sha Allah..

Berkenaan dengan kerjaya, alhamdulillah rezeki aku belum lagi terputus. Allah sentiasa mengatur kehidupan aku dan aku percaya yang aturan-Nya mempunyai hikmah disebaliknya. Walaupun kerjaya aku sekarang masih lagi bukan yang aku kehendaki, aku bersyukur kerana aku diberi peluang untuk berbakti dengan kedua ibubapa ku. Aku percaya pengorbanan aku sekarang akan dibalas kemudian hari. Tak mungkin lah aku tak cemburu dengan rakan2 seperjuangan yang kini sudahpun mempunyai kerjaya masing2 seiring dengan pendidikan mereka. Sedangkan aku masih lagi tergapai dalam mencari kerjaya. Aku harap 2016 mampu merealisasikan impian ku dan impian kedua ibu bapa ku utk melihat aku memiliki kerjaya tetap.

Kahwin !!!! Sape yang tak mau kahwin kan. Semua orang nak hidup dengan orang yang kita sayang kan. Tambah2 lak umur makin meningkat. Kekosongan tetap dirasai walaupun dekat dengan family. Bila buka jer FB, ramai kwn2 yang upload pic kahwin, honeymoon, berjln2 dengan husben, sedondong di pagi raya, pregnant, ada baby bagai, rasa jealous tetap ada. Sape xnak kan. Tapi aku percaya yang jodoh tu milik Allah. Lambat atau cepat jodoh datang tu kan berbeza setiap orang. Mungkin Allah nak aku berbakti dengan kedua ibu bapa aku dahulu. Sebab dari form 1 smp form 6 aku duduk hostel. Masuk U, pun duduk hostel. So, memang masa dengan mak ayah tu xada. 

Ada yang tersayang ke tak? heheheeh..... of coz lar ada. Kami dah kenal 4 tahun dah. Sangat lama untuk kami kenal hati masing2. Gaduh.... baik...gaduh...baik.... tu memang ada. Its normal kan. Sebenarnya tahun ni kami masing2 buzy mencari duit utk menamatkan zaman bujang kami... Mesti korang xsetuju kenapa perempuan kene tolong si lelaki kumpul duit kahwin kan. Sebenarnya, memang Mr.F yang kumpul duit hantaran, Ms.F pula kumpul duit utk lepas kahwin. Even lepas kahwin suami kene tanggung, tapi bagi aku perempuan perlu ada simpanan sendiri. Apa yang berlaku lepas kahwin kita tak tahu kan. Mana tahu tiba2 kita kene berhenti kerja, kene ikut suami ke. At least ada juga duit poket sendiri kan. In sha Allah, dengan izin-Nya, tahun depan kami akan tamatkan zaman bujang. Doakan maki yer....

Apa lagi ye nak cerita? Tentang family? Susah nak cerita sebab aku anak bongsu... Abg2 n akk2 semua dah kawin. Dioang ada life masing2. Just aku harap, abg2 aku semua tahu dimana letaknya syurga mereka. Aku harap mereka tak akan abaikan kedua ibu bapa ku bila aku dah berumahtangga nanti. Sekaya mana pun mereka, sebagai anak lelaki perlu tahu macam mana susahnya mak ayah membesarkan mereka. Bila dah beristeri, plez plez plez, utamakan mak ayah dahulu. And isteri2 mereka juga perlu tahu dan sedar syurga suami dimana. Perlu tahu dimana asal usul kemewahan yang korang miliki sekarang. Jangan rasa angkuh dengan kemewahan yang suami bagi sehingga menyebabkan suami korang abaikan tggungjwabnya kepada ibu bapa. 

Its my life, story mory yang kat atas tu adalah dari hati aku sendiri. Maaf andai yang terguris hati atau membuat korang menyampah dengan story aku. Assalammualaikum. 

kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment