Tuesday, November 18, 2014

KERANA MULUT SEMUANYA BERKECAI


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara di pagi hari yang indah walaupun cuaca diluar sana menjemput titisan hujan untuk menyembah bumi ciptaan Ilahi. Aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan diri ini menikmati keindahan ciptaan-Mu.

Manusia dilahirkan dengan pelbagai watak dan gaya mereka tersendiri. Manusia itu sendiri juga telah mencorakkan diri mereka sendiri sama ada untuk menjadi yang lebih baik atau sebaliknya.

Mulut merupakan salah satu anggota yang sangat diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan mereka. Kerana apa? Untuk makanlah..hehehe…. juga untuk memuji kebesaran Ilahi sebenarnya. Tapi, manusia telah menyalahgunakan anugerah Ilahi. Mereka menggunakan mulut untuk memuji diri sendiri dan memburukkan kelebihan orang lain.

Pengalaman  telah mengajar aku erti berhati2 apabila bertemu dengan sesiapa pun. Pengalaman juga telah mengajar aku erti berjauhan dengan dunia luar. Kini aku lebih suka bersendirian berbanding bersuka ria dengan orang luar. Aku terpaksa berhenti untuk melabelkan kawan2 sebagai sahabat kerana sahabat bukan lagi seperti yang kita inginkan.

Mungkin keadaan sedemikian telah berlaku kepada segelintir manusia diluar sana. Dahulu, aku mempunyai ramai sahabat tetapi kerana mulut aku mengambil keputusan untuk berjauhan dari mereka. Aku tidak sanggup untuk menghambakan diri sendiri untuk kesenangan orang lain.

“depan kita lain, belakang kita lain”

Ya, itulah yang aku alami dahulu yang telah menyebabkan aku semakin fobia dengan manusia di sekelilingku. Aku cukup berhati-hati semasa bergaul dengan seseorang terutama sekali apabila berhadapan dengan orang baru. Bukan apa, sedangkan kita dah kenal seseorang tu sepuluh tahun pun, impossible orang tu jujur dengan kita 100% kan.

So, langkah terbaik adalah aku jadikan semua disekelilingku adalah KENALAN SEKETIKA. Dan kini, suamiku dan keluargaku adalah SAHABAT terbaikku selamanya. 



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment