Monday, November 3, 2014

al-kisah menjelang November

Pejam celik pejam celik dah pun menjangkau bulan November. Teramat pantas masa berlalu sehingga aku merasakan dah terlalu banyak masa aku bazirkan dengan sia-sia. Bila difikirkan, apa yang aku kecapi sepanjang tahun ni ye? Ya Allah, terlalu kerdil insan ini di muka bumi -Mu. Terlalu banyak yang aku naif dengan nikmat yang telah engkau berikan kepada ku sebenarnya. Terlalu banyak yang aku telah sia-sia kan rupanya.

Kini umurku telah menjangkau usia 25 tahun, tapi aku masih lagi tergapai-gapai. Ya Allah, hati ini merintih yang teramat sangat bila difikirkan semula. Doa ku hari demi hari semoga Engkau perluaskan rezekiku, Engkau lapangkan dadaku, Engkau bimbing aku ke jalan yang diredhai.

Semoga November 2014 membantu aku menggapai cita-cita ku dan memberi hidayah kepadaku dan orang2 yang aku sayangi. In Sha Allah.



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment