Tuesday, November 18, 2014

KERANA MULUT SEMUANYA BERKECAI


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara di pagi hari yang indah walaupun cuaca diluar sana menjemput titisan hujan untuk menyembah bumi ciptaan Ilahi. Aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan diri ini menikmati keindahan ciptaan-Mu.

Manusia dilahirkan dengan pelbagai watak dan gaya mereka tersendiri. Manusia itu sendiri juga telah mencorakkan diri mereka sendiri sama ada untuk menjadi yang lebih baik atau sebaliknya.

Mulut merupakan salah satu anggota yang sangat diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan mereka. Kerana apa? Untuk makanlah..hehehe…. juga untuk memuji kebesaran Ilahi sebenarnya. Tapi, manusia telah menyalahgunakan anugerah Ilahi. Mereka menggunakan mulut untuk memuji diri sendiri dan memburukkan kelebihan orang lain.

Pengalaman  telah mengajar aku erti berhati2 apabila bertemu dengan sesiapa pun. Pengalaman juga telah mengajar aku erti berjauhan dengan dunia luar. Kini aku lebih suka bersendirian berbanding bersuka ria dengan orang luar. Aku terpaksa berhenti untuk melabelkan kawan2 sebagai sahabat kerana sahabat bukan lagi seperti yang kita inginkan.

Mungkin keadaan sedemikian telah berlaku kepada segelintir manusia diluar sana. Dahulu, aku mempunyai ramai sahabat tetapi kerana mulut aku mengambil keputusan untuk berjauhan dari mereka. Aku tidak sanggup untuk menghambakan diri sendiri untuk kesenangan orang lain.

“depan kita lain, belakang kita lain”

Ya, itulah yang aku alami dahulu yang telah menyebabkan aku semakin fobia dengan manusia di sekelilingku. Aku cukup berhati-hati semasa bergaul dengan seseorang terutama sekali apabila berhadapan dengan orang baru. Bukan apa, sedangkan kita dah kenal seseorang tu sepuluh tahun pun, impossible orang tu jujur dengan kita 100% kan.

So, langkah terbaik adalah aku jadikan semua disekelilingku adalah KENALAN SEKETIKA. Dan kini, suamiku dan keluargaku adalah SAHABAT terbaikku selamanya. 



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Saturday, November 15, 2014

ATURAN HIDUP

Bila bercakap tentang soal hidup ni, YA, aku akui ia sesuatu yang sangat complicated untuk dikatakan. Dari pengalaman yang telah aku lalui, banyak yang telah mengajar aku tentang aturan kehidupan yang kita nak buat.

Banyak kesilapan yang akan kita lakukan jika kita terlalu bergantung harap dengan pendapat orang lain sebenarnya. Yakinlah dengan setiap keputusan yang akan kita buat dan yang paling penting, mohonlah petunjuk dari yang maha Esa.

Tentang kehidupanku, terlalu banyak kesilapan yang telah aku lakukan. Aku terlalu bergantung harap dengan pendapat orang lain sehinggakan aku sendiri merana, sakit, perit untuk tempuhi hari2 mendatang. Orang lain, bahagia dengan kehidupan mereka. Bila aku jatuh, mereka mudah menyalahkan aku sedangkan aku lakukan semua ni demi kebahagiaan dan kehendak mereka.

Setelah apa yang aku alami selama ni, aku bertekad untuk berdiri di atas kaki aku sendiri. Tiada lagi istilah bergantung harap dengan sesiapa lagi selepas ni. Juga tak akan ada istilah minta izin lagi. Cukuplah.... Aku dah penat dengan semua ni. Bialah aku langkah dengan kaki aku sendiri. Jatuh bangun aku bialah disebabkan dengan keputusan aku sendiri dan dengan redha Allah bukan dengan keputusan orang lain.

Mulai hari ni, aku berazam untuk berdiri di atas kaki aku sendiri. Dengan lafaz Bismillah dan Redha Allah Taala, ku mulakan langkah ini demi masa depanku. In Sha Allah...







kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Thursday, November 13, 2014

interview vs window shopping

Kejadian ni 2 hari yang lepas sebenarnya, tapi disebabkan kesibukan kerja dan kepenatan yang teramat sangat, cerita ni keluar pun lambat lah. hehehehe.... Tengok tajuk pun dah tahu kan apa nak dicerita.  Tapi tak ape, aku tetap nak terangkan juga.

Selasa, 11 November 2014 :

Aku dan sahabat aku dipanggil untuk interview di Kuala Lumpur. So, offer dah ada di depan mata, kami pun ambl keputusan tuk attend the interview tu. Petang Isnin aku bertolak dari Pahang ke Pekeliling. Area jam 8.30 mlm aku sampai ke sane. Disebabkan aku tak reti nak naik LRT, Hawa terpaksa ambil aku di pekeliling. Kesian dia kan terpaksa ambil aku dari Bangi. Ape pun thanks sgt2 coz sanggup berkorban demi sahabatmu ini.

Keesokkan hari, kami mencari tempat interview tersebut. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami. Tak sesat dan hanya sekali perjalanan sahaja kami dah jumpa alamat tersebut. So, dengan perasaan yang tak bersedia, tak tahu apa job yang ditawarkan, kami datang jer tanpa perasaan.

Cerita punya cerita, rupanya kerja yang melibatkan insurans. Ok, we accepted. Tapi bila dengar betul2, insurans ni tak same dengan insurans lain. Dia under goverment. Then, kami describe uk terima job ni sebagai satu cabaran dan cubaan. Mana tahu ia menyeronokkan.

Then, after interview, apa lagi, Hawa bawa aku jejalan sekitar Masjed India. As a irl, tak ada perkataan lain lah, just boleh cakap RAMBANG MATA. thats all......
Edited by Siti Hawa... very nice..thanks yunk ..
Location depan Bangunan Binjai 8.. snap b4 balik 

selfie lah ape lagi kan..hehehe...

Hawa & Ila

Selfie again

Credit by Hawa... ingatkan pic ni tak menjadi... ok, accept jer even mulut senget...

Posing ckit b4 balik lah... credit by Hawa lagi

Lastly, window shopping di sini... gambar hiasan 






kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Saturday, November 8, 2014

KENAIKAN HARGA BARANG 2014

Disebabkan terlalu terkejut dengan harga2 yang ada disini, saya terpaksa menerima dengan hati yang terbuka kerana sedar akan kehidupan pada masa kini. 

Selalu kita nampak harga barang yang besar2 sahaja naik harga, kita tidak sedar sebenarnya harga barang kecil2 juga naik juga. Ini dah pun trjadi pada saya hari ini, 08 Nov 2014...

Jom klik link di bawah untuk lihat apa barang yang naik harga... hehehehe....






kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Friday, November 7, 2014

interview

Alhamdulillah, hari Jumaat yang penuh dengan barakah dari Allah Taala. Hari ini aku dan rakan ku, Siti Hawa bt Mustapha telah pun berjaya mendapat panggilan temuduga. Selasa depan bersamaan dengan 11 November 2014 kami akan terjah bandar Kuala Lumpur bersama-sama untuk menghadiri temuduga tersebut. Walaupun peratus untuk mendapat pekerjaan tersebut adalah tipis, kami tetap terjah juga bersama-sama. Rezeki Allah Taala kita tak tahu kan. Kunfayakun.......

Kepada rakan2, doakan kejayaan kami dan keselamatan kami sepanjang hari tersebut. In sha Allah...




kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Monday, November 3, 2014

al-kisah menjelang November

Pejam celik pejam celik dah pun menjangkau bulan November. Teramat pantas masa berlalu sehingga aku merasakan dah terlalu banyak masa aku bazirkan dengan sia-sia. Bila difikirkan, apa yang aku kecapi sepanjang tahun ni ye? Ya Allah, terlalu kerdil insan ini di muka bumi -Mu. Terlalu banyak yang aku naif dengan nikmat yang telah engkau berikan kepada ku sebenarnya. Terlalu banyak yang aku telah sia-sia kan rupanya.

Kini umurku telah menjangkau usia 25 tahun, tapi aku masih lagi tergapai-gapai. Ya Allah, hati ini merintih yang teramat sangat bila difikirkan semula. Doa ku hari demi hari semoga Engkau perluaskan rezekiku, Engkau lapangkan dadaku, Engkau bimbing aku ke jalan yang diredhai.

Semoga November 2014 membantu aku menggapai cita-cita ku dan memberi hidayah kepadaku dan orang2 yang aku sayangi. In Sha Allah.



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga