Saturday, December 13, 2014

NOTHING TO SAY





EVEN KAT TEMPAT KERJA STILL RASA BOSAN YANG TERAMAT SANGAT.....

KEJE BANYAK TAPI MOOD UTK BUAT KERJA ZERO...

HELP ME!!!!!!!!






kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Wednesday, December 3, 2014

RALITY ALAM PEKERJAAN

Ini bukan cerita dogeng atau bangga diri tapi inilah reality yang aku terima daripada respond bekas2 majikan aku selama aku kerja.

 Dahulu, zaman belajar aku bukanlah seorang pelajar yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG pun. Aku hanya pelajar yang sederhana dan bukan pelajar yang aktif sangat. Apatah lagi penguasaan English language , sangat lah buruk bile speaking.

Tapi, sekarang bila dah masuk ke alam pekerjaan, Allah buktikan kelebihan aku sepenuhnya. Rupa2nya aku mempunyai otak yang sangat cepat memahami dunia pekerjaan. Apa pun kerja yang diberi, aku mampu menyiapkan kerja-kerja dengan pantas & ON TIME.

System yang digunakan dalam sesebuah syarikat tu tidak sama sebenarnya. Dan disini juga ada satu kebolehan yang aku baru sedar. Aku mampu belajar dan mengeksplore system dengan pantas. 

Dan satu masalah yang aku alami untuk tukar kerja ialah MAJIKAN SUKAR MELEPASKAN.... Tension betul kan. Surat resign aku juga pernah dikoyakkan oleh majikan. Wah... tension betul... 

Inilah reality sebenar kebolehan yang aku ada walaupun aku terlalu merendah diri dengan kekurangan aku selama ini. Itulah kuasa Allah Taal dan Anugerah yang Allah Taala bagi kepada setiap manusia di muka bumi ini. 



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Tuesday, November 18, 2014

KERANA MULUT SEMUANYA BERKECAI


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara di pagi hari yang indah walaupun cuaca diluar sana menjemput titisan hujan untuk menyembah bumi ciptaan Ilahi. Aku tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan diri ini menikmati keindahan ciptaan-Mu.

Manusia dilahirkan dengan pelbagai watak dan gaya mereka tersendiri. Manusia itu sendiri juga telah mencorakkan diri mereka sendiri sama ada untuk menjadi yang lebih baik atau sebaliknya.

Mulut merupakan salah satu anggota yang sangat diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan mereka. Kerana apa? Untuk makanlah..hehehe…. juga untuk memuji kebesaran Ilahi sebenarnya. Tapi, manusia telah menyalahgunakan anugerah Ilahi. Mereka menggunakan mulut untuk memuji diri sendiri dan memburukkan kelebihan orang lain.

Pengalaman  telah mengajar aku erti berhati2 apabila bertemu dengan sesiapa pun. Pengalaman juga telah mengajar aku erti berjauhan dengan dunia luar. Kini aku lebih suka bersendirian berbanding bersuka ria dengan orang luar. Aku terpaksa berhenti untuk melabelkan kawan2 sebagai sahabat kerana sahabat bukan lagi seperti yang kita inginkan.

Mungkin keadaan sedemikian telah berlaku kepada segelintir manusia diluar sana. Dahulu, aku mempunyai ramai sahabat tetapi kerana mulut aku mengambil keputusan untuk berjauhan dari mereka. Aku tidak sanggup untuk menghambakan diri sendiri untuk kesenangan orang lain.

“depan kita lain, belakang kita lain”

Ya, itulah yang aku alami dahulu yang telah menyebabkan aku semakin fobia dengan manusia di sekelilingku. Aku cukup berhati-hati semasa bergaul dengan seseorang terutama sekali apabila berhadapan dengan orang baru. Bukan apa, sedangkan kita dah kenal seseorang tu sepuluh tahun pun, impossible orang tu jujur dengan kita 100% kan.

So, langkah terbaik adalah aku jadikan semua disekelilingku adalah KENALAN SEKETIKA. Dan kini, suamiku dan keluargaku adalah SAHABAT terbaikku selamanya. 



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Saturday, November 15, 2014

ATURAN HIDUP

Bila bercakap tentang soal hidup ni, YA, aku akui ia sesuatu yang sangat complicated untuk dikatakan. Dari pengalaman yang telah aku lalui, banyak yang telah mengajar aku tentang aturan kehidupan yang kita nak buat.

Banyak kesilapan yang akan kita lakukan jika kita terlalu bergantung harap dengan pendapat orang lain sebenarnya. Yakinlah dengan setiap keputusan yang akan kita buat dan yang paling penting, mohonlah petunjuk dari yang maha Esa.

Tentang kehidupanku, terlalu banyak kesilapan yang telah aku lakukan. Aku terlalu bergantung harap dengan pendapat orang lain sehinggakan aku sendiri merana, sakit, perit untuk tempuhi hari2 mendatang. Orang lain, bahagia dengan kehidupan mereka. Bila aku jatuh, mereka mudah menyalahkan aku sedangkan aku lakukan semua ni demi kebahagiaan dan kehendak mereka.

Setelah apa yang aku alami selama ni, aku bertekad untuk berdiri di atas kaki aku sendiri. Tiada lagi istilah bergantung harap dengan sesiapa lagi selepas ni. Juga tak akan ada istilah minta izin lagi. Cukuplah.... Aku dah penat dengan semua ni. Bialah aku langkah dengan kaki aku sendiri. Jatuh bangun aku bialah disebabkan dengan keputusan aku sendiri dan dengan redha Allah bukan dengan keputusan orang lain.

Mulai hari ni, aku berazam untuk berdiri di atas kaki aku sendiri. Dengan lafaz Bismillah dan Redha Allah Taala, ku mulakan langkah ini demi masa depanku. In Sha Allah...







kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Thursday, November 13, 2014

interview vs window shopping

Kejadian ni 2 hari yang lepas sebenarnya, tapi disebabkan kesibukan kerja dan kepenatan yang teramat sangat, cerita ni keluar pun lambat lah. hehehehe.... Tengok tajuk pun dah tahu kan apa nak dicerita.  Tapi tak ape, aku tetap nak terangkan juga.

Selasa, 11 November 2014 :

Aku dan sahabat aku dipanggil untuk interview di Kuala Lumpur. So, offer dah ada di depan mata, kami pun ambl keputusan tuk attend the interview tu. Petang Isnin aku bertolak dari Pahang ke Pekeliling. Area jam 8.30 mlm aku sampai ke sane. Disebabkan aku tak reti nak naik LRT, Hawa terpaksa ambil aku di pekeliling. Kesian dia kan terpaksa ambil aku dari Bangi. Ape pun thanks sgt2 coz sanggup berkorban demi sahabatmu ini.

Keesokkan hari, kami mencari tempat interview tersebut. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami. Tak sesat dan hanya sekali perjalanan sahaja kami dah jumpa alamat tersebut. So, dengan perasaan yang tak bersedia, tak tahu apa job yang ditawarkan, kami datang jer tanpa perasaan.

Cerita punya cerita, rupanya kerja yang melibatkan insurans. Ok, we accepted. Tapi bila dengar betul2, insurans ni tak same dengan insurans lain. Dia under goverment. Then, kami describe uk terima job ni sebagai satu cabaran dan cubaan. Mana tahu ia menyeronokkan.

Then, after interview, apa lagi, Hawa bawa aku jejalan sekitar Masjed India. As a irl, tak ada perkataan lain lah, just boleh cakap RAMBANG MATA. thats all......
Edited by Siti Hawa... very nice..thanks yunk ..
Location depan Bangunan Binjai 8.. snap b4 balik 

selfie lah ape lagi kan..hehehe...

Hawa & Ila

Selfie again

Credit by Hawa... ingatkan pic ni tak menjadi... ok, accept jer even mulut senget...

Posing ckit b4 balik lah... credit by Hawa lagi

Lastly, window shopping di sini... gambar hiasan 






kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Saturday, November 8, 2014

KENAIKAN HARGA BARANG 2014

Disebabkan terlalu terkejut dengan harga2 yang ada disini, saya terpaksa menerima dengan hati yang terbuka kerana sedar akan kehidupan pada masa kini. 

Selalu kita nampak harga barang yang besar2 sahaja naik harga, kita tidak sedar sebenarnya harga barang kecil2 juga naik juga. Ini dah pun trjadi pada saya hari ini, 08 Nov 2014...

Jom klik link di bawah untuk lihat apa barang yang naik harga... hehehehe....






kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Friday, November 7, 2014

interview

Alhamdulillah, hari Jumaat yang penuh dengan barakah dari Allah Taala. Hari ini aku dan rakan ku, Siti Hawa bt Mustapha telah pun berjaya mendapat panggilan temuduga. Selasa depan bersamaan dengan 11 November 2014 kami akan terjah bandar Kuala Lumpur bersama-sama untuk menghadiri temuduga tersebut. Walaupun peratus untuk mendapat pekerjaan tersebut adalah tipis, kami tetap terjah juga bersama-sama. Rezeki Allah Taala kita tak tahu kan. Kunfayakun.......

Kepada rakan2, doakan kejayaan kami dan keselamatan kami sepanjang hari tersebut. In sha Allah...




kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Monday, November 3, 2014

al-kisah menjelang November

Pejam celik pejam celik dah pun menjangkau bulan November. Teramat pantas masa berlalu sehingga aku merasakan dah terlalu banyak masa aku bazirkan dengan sia-sia. Bila difikirkan, apa yang aku kecapi sepanjang tahun ni ye? Ya Allah, terlalu kerdil insan ini di muka bumi -Mu. Terlalu banyak yang aku naif dengan nikmat yang telah engkau berikan kepada ku sebenarnya. Terlalu banyak yang aku telah sia-sia kan rupanya.

Kini umurku telah menjangkau usia 25 tahun, tapi aku masih lagi tergapai-gapai. Ya Allah, hati ini merintih yang teramat sangat bila difikirkan semula. Doa ku hari demi hari semoga Engkau perluaskan rezekiku, Engkau lapangkan dadaku, Engkau bimbing aku ke jalan yang diredhai.

Semoga November 2014 membantu aku menggapai cita-cita ku dan memberi hidayah kepadaku dan orang2 yang aku sayangi. In Sha Allah.



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Monday, October 27, 2014

Kehidupan

Sangat2 berhabuk aku punya blog untuk tahun ni. Bukan apa, tahun ni teramat lah sibuk mencari kehidupan sendiri. Dulu, zaman  belajar adalah zaman yang langsung tak fikir tentang "apa itu kehidupan" sebab matlamat belajar adalah untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan happy kan ibu dan ayah di kampung.

Kini, aku masih lagi mencari-cari kehidupan yang lebih sempurna walaupun hakikat sebenar kita manusia tidak pernah rasa hidup ini sempurna. Betul atau tak korang pernah rasa macam ni? Bohong la kalau tak pernah rasa kan.

Hakikat sebenar, aku masih mencari sinar Islam tu sendiri walaupun aku adalah seorang Islam sejak kecil. Doa ku semoga hidayah Allah dapat membantu diri ini mencari sebuah kehidupan yang sempurna. In Sha Allah.

Tentang kehidupan di dunia pula, aku masih lagi mencari pekerjaan yang sempurna. Sangat perit kan nak bersaing dengan orang2 di luar sana untuk mendapat pekerjaan yang sempurna dan berbaloi kan. Bila tengok kawan2 diluar sana, seronok sangat sebab mereka dah pun mendapat pekerjaan yang sempurna dan mampu untuk membeli aset2 sendiri.

Timbul juga rasa cemburu, tapi kita sebagai manusia tidak boleh mencemburui kehidupan orang lain dan kita sewajarnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang.

...MUHASABAH DIRI....

In Sha Allah, dengan berkat doa keluarga, rakan2 dan orang yang disayangi. aku akan mendapat apa yang diimpikan. DOA & USAHA pasti kita perolehi. 


find job : area Sungai Petani & Pulau Pinang



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Tuesday, March 25, 2014

hadiah buat teman sekerja


ni lah hadiah buat rakan sekerja ku, Davi a/p Yalumale... Thanks sesangat coz sudi jadi friend selama ni.... thanks juga coz sudi jadi kekuatan untuk terus bersabar bekerja di sana selama 1 tahun... heheheh....hopefully we can still friend forever. 


this is a person that give me support at FMEFAMAX .....





kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Monday, March 17, 2014

kecantikan dalaman dan luaran

semua orang perlukan kecantikan dari dalaman dan luaran kan? mcm2 produk dah jual kat pasaran sekarang dijual. Ade juga yang jual secara on-line... Tapi adakah semua ni sepenuhnya baik untuk kesihatan kita? Banyak juga saya baca macam2 keburukan hasil penggunaan produk di pasaran sekarang.

OK, saya xmau mengomel banyak2... jom kita ikut tips di bawah untuk kekalkan kecantikan...

1. Bangun pagi - sebelum berus gigi and basuh muka, minum air kosong atau air suam satu gelas,

2. Then bersihkan diri. 

3. Sebelum sarapan, makan buah-buahan sama ada dijadikan juice atau makan begitu sahaja.

4. So, boleh lah buat aper pun aktiviti seharian.

5. Time mlm pula - manjakan diri (pada tangan, kaki or muka) dengan sapuan  minyak zaitun + garam sekurang2 nya 15 minit - basuh dengan sabun + air bersih.

6. Sebelum naik katil untuk tidur, minum lagi air kosong satu gelas.

7. Untuk seminggu sekali, pergilah jogging, xpun p basuh kereta. At least kita berpeluh juga.

Senangkan untuk menjada kesihatan dan kecantikan dari dalaman dan luaran. Kos pun xlah mahal sangat. So, ape tunggu lagi, jom lah beramai2 kita amalkan.



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Sunday, March 16, 2014

ke arah yang di redhai

alhamdulillah.... akhirnya keputusan yang aku buat berjaya dan in sha Allah azam selepas ini akan tercapai dengan adanya semangat dan iltizam yang kuat jauh dari sudut hati ini...

hanya pada-Mu aku bersujud dan hanya pada-Mu aku memohon agar aku kembali ke arah kebaikan dan mampu menjadi muslimin yang sempurna hingga ke akhir hayat ku...

juga bimbinglah aku dan dia ke arah kebaikan dan berikan kami petunjuk agar kami berada di jalan yang Kau redhai.






kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Wednesday, March 12, 2014

masak memasak lagi....






Oppsss sowi bila koang semua tgk pic kat atas ni tggal separuh ajer bihun. Ni gara2 owner blog yang dah teramat lapar. Bila dah separuh bihun goreng masuk dlm perut, baru ingat nak snap pic. heheheheh.......

Pic kat atas pu adelah hasil bihun PAMA dijadikan bihun goreng. Own Receipt. hehhehhe....

Bila digabungkan mcm2 perasa, hasilnya mestilah sampai menjilat pinggan.....

Jangan lupa cuba yer kat umah masing2... Berani mencuba, berani lah merasa...



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Sunday, March 9, 2014

DinneR aT ResTauRanT Pohon KitcHen

Tonight is my turn to paid our dinner... heheheheh... ok, no problem and of coz I want to eat the special dinner... I choosed RESTAURANT POHON KITCHEN....

Untuk pengetahuan pembaca semua, restaurant ini hanya menyediakan western food shj. Nak nasi? Hanya satu pilihan shj yang ada iaitu Nasi Pohon Kitchen...

Ok, aku xnak mengomel bnyk2...jom kita layan pic2 ...

Ni my boy yg syok sgt layan pic


ni owner blog ni lah

ni table number kami lah

Nasi Pohon Kitchen...rasa mcm nasi kerabu..sdp

Ni lak Grill Chicken Chop
ok, total makanan kami mlm ni RM25.80... sgt berbaloi kan...





kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

MH370

cerita hari ini.... ahad...hari rehat sedunia...

anyway, post tuk hari ni tentang PESAWAT MAS MH370 yang hilang... ish, macam2 spekulasi timbul dalam laman sosial sekarang. Asal buka jer FB, Twitter, Istagram, mcm2 andaian dibuat... Tapi, apa2 pun semua tu hanya khabar angin sahaja. Dapatkanlah berita2 yang sahih dan tepat di TELEVISION... Setiap jam mereka akan inform pada kita tentang perkembangan PESAWAT MAS MH370. 

Kita sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama2 berdoa agar 'Keajaban' berlaku dan mereka2 yang berada di dalam pesawat tersebut selamat. In Sya Allah...

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terjadi dan setiap apa yang berlaku ada sebab dan hikmahnya.





kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Saturday, March 8, 2014

SelaMat HaRi WanIta

see the title, we can know what i want to write today.....

"SELAMAT HARI WANITA" kepaa semua wanita2 yang ada di Malaysia ni...

even aku masih belum memegang status WANITA, aku nak juga wish pada diri sendiri "Selamat Hari Wanita" (suatu hari nanti lah)....

Same2 lah kita mencapai setiap yang kita impikan.... semoga impian yag kita impikan akan menjadi kenyataan.....amin....


kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Friday, March 7, 2014

PerKahwiNan + KeluaRga

terasa diri ini banyak yang tak lengkap lagi.... umr dah pun menjangkau 25 tahun... tapi status masih lagi 'bujang'. Bila lah status ni nak bertukar menjadi 'Puan'.

Calon???

ikut kan sekarang mang dah ade, tapi tak tahulah calon ni betul atau pun tidak. Kalau nak bincang tentang perkahwinan dgn calon sekrang, mesti jawapannya ' muda lagi ' ... 'tak puas enjoy lagi'....

erm, ntah lah nak cakap tentang hal ni. Kadang2 rasa mcm jelez sgt tgk kengkawan semua dah berkahwin and dah pun ada anak sendiri.... dapat peluk bby hari2...erm...bezznyer ase...

Hikmah???

mungkin semua ini ada hikmah yang tersembunyi. Mudah2an , hikmah yang akan aku pero


kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Wednesday, March 5, 2014

plaN....PlAn...PlanNing>>>

udah lame tidak ku taip menaip dalam blog tercinta ni.....(oooppppsss terindon plak)

mesti pelik kan dengan tajuk entry kali ni....yup, planning akan dtg iaitu nak buat business...... In sya Allah dengan izin -Nya semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan....

keje lame? aku dah nak resign dah pun....cukuplah setahun aku mencari pengalaman dalam company tu....
In sha Allah dengan pengalaman yang ada, aku dapat praktikkan dlm business akan datang.....

Business apa??? jeng...jeng...jeng.....

wait n see suatu hari nanti yer....
kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Sunday, January 5, 2014

AMBANG 2014

Walaupun thaun 2014 telah menjelma 5 hari yang lalu, aku tak kira nak juga post bagitau semua orang

SELAMAT TAHUN BARU 2014 SEMUA!!!!

As same situation , mstlah orang nak tahu ape azam tahun baru kan? ermm... actually azam tahun baru masih lg terawang2 sbb apa? sbb azam tahun 2013 masih lagi tak capai.....sob...sob...sob...

Ape pun azam tahun lepas aku akan bawa ke tahun 2014.....

2013 : macam2 dah lalui. yang baik kene bawa lah ke tahun ni dan yang tak baik tinggal ajer and jadikan teladan...

2014 : Hopefully dapat lah job yang ok, ok and sgt2 ok... amin...

kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga