Wednesday, October 10, 2012

tak terungkap

niat di hati ingin mencari link blog seseorang yang aku kenali lah juga walaupun kami tak rapat. tiba2 terhenti seketika di suatu page yang menarik minat ku untuk membaca. then mouse ditekan pada link tersebut.

page yang dibuat sendiri di dalam facebook dan dikarang sendiri setiap ayt yang ditulis. aku membacanya satu persatu cerita2 di dalamnya.

sedih.... hanya itu sahaja yang aku mampu katakan. tak tergambar andai aku berada di tempatnya. dengan ketabahan yang ada dalam dirinya, dia mampu meneruskan hidupnya kini.

selama aku kenal dia, tak pernah sedikit pun dia bersedih. tapi siapa tahu kan, dalam kegembiraannya ada kesedihan yang dialami.

tiada nasihat yang aku perlu katakan kerana aku percaya segala yang berlaku ada hikmahnya. setiap orang akan lalui kesedihan dalam hidupnya cuma keadaan dan masanya yang berbeza.

part dia sakit dan wajahnya yang hodoh, aku faham situasinya. kerana suatu tika dahulu aku juga pernah alaminya. sangat sukar untuk berhadapan dengan dunia luar bila wajah yang kita ada tiba2 berubah menjadi hodoh yang teramat.

semua orang yang kita sayang suatu tika dahulu tiba2 menjauhkan diri dan hilang begitu sahaja. dunia yang indah tiba2 menjadi gelap.

tapi sedarilah semua, sesungguhnya Allah itu maha Kuasa. Allah menguji ketabahan dan keimanan kita.

ingatlah kita, kecantikan yang kita miliki sekarang tidak akan kekal lama. gunalah kecantikan kita ke arah yang diredhai.

amin ya rabb....


kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment