Tuesday, September 4, 2012

kuala krau with mak ayah

cerita hari adalah cerita tentang
mak, ayah dan aku
plan sebenar nak keluar dgn mak and jran kiri dan kanan
but..
hujan turun pagi tadi..plan terpaksa ditangguh ke hari esok
4 September 2012 (hari ini)
tinggal bape hari lagi aku akan tgglkan TEMERLOH
and SINTOK akan  ku jejak sekali lagi
aduyai malasnya rasa nak menjejak ke sana
papepun, before balik ke sana, aku mesti spend time masa dgn mak and ayah dulu
hari ni after zohor kami ke jerantut bershopping sakan
then belah malamnya pula kami ke KUALA KRAU
dinner bersama2 kat luar
bagi org lain mesti benda yang biasa
tapi bagi aku tidak
nak tahu kenapa?
sebabnya, mak and ayah bukan jenis yang suka makan malam kat luar tau
so bila aku berjaya bawa mak and ayah makan kat luar, 
aku rasa happy sangat2
thanks mom and dad coz dinner together
i will remind this moment until die k


kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Sunday, September 2, 2012

impian moga jadi kenyataan

yeyy..


aku sudah menjangkau usia 23 tahun...
semua orang cakap aku dah tua
tapi aku tak rasa pun yang aku tua sebab aku tak matang lagi
matang dari segi apa??
segala2nya
especially ilmu rumah tangga
belum penuh didada ni lagi....
belajar pun tak habis lagi berangan nak kawin....cchhooii...
wat-ever, angan2 xpelah...apa yang penting...
kita mesti berusaha tuk capainya
betul tak....
anyway, impian aku bila aku dah mencecah usia 25 tahun

1. aku mesti dah ada kerja 
2. aku dah ada boyprenz(padahal dah ade dah)
3. aku dah ada kereta impian aku (wlaupun mustahil)
4. aku mesti dah puas berjalan ke negeri orang
5. aku mesti kawin.....


5 impian yang perlu aku laksanakan bermula dari sekarang!!!!!!!!



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

saya tak suka


apa yang aku tak suka???
tak suka dengan..
PERTAMA,
orang yang nak berniaga tapi tak ada morale value dalam diri mereka
kenapa  aku katakan sedemikian?
ini kerana bila pelanggan yang nak datang membeli di gerai
mereka boleh endah tak endah jer 
pastu bila pelanggan nak membayar, bole penjual tu tak tgk muka pembeli
lepas tu bersembang dengan orang lain pula tu
tak ada adab langsung
hanya inginkan keuntungan semata2
benci peniaga macam tu
sewajarnya kerajaan beri kelas kepada semua peniaga2
 samada peniaga besar ataupun kecil
barulah mereka sedar akan tujuan mereka nak berniaga
bukan semata2 nak kan keuntungan tetapi sillaturrahim antara manusia
patut di utamakan
barulah Malaysia harmoni
KEDUA,
sikap pemandu yang memandu 
tak kiralah apa pun jenisnya
mereka langsung tak ada sikap bertolak ansur
manalah Malaysia ni kerap berlaku kemalangan
bila dah kemalangan nak salahkan orang lain, padahal diri sendiri yang salah
geram sangat2 coz aku dah banyak kali terkena 
especially di kawasan felda aku sendiri
mentang2 lah kereta besar, bawa laju jer 
langsung tak brek tuk perlahankan kereta 
pastu lak bawa kereta tengah2, kereta aku jugalah yang ketepi
nasib baik tak masuk dalam longkang...
nak angkat tangan apatah lagi..
HHHAAARRRAAMM......tak mau diangkatnya tangan...
tak ada moral langsung.....
jalan kampung dah lah sempit, perlahan2 lah sikit bawa tu....
tak salah kalau kita perlahan, tak mati pun...



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Saturday, September 1, 2012

hidup jangan berlagak

panaskan statement kat atas...

statement ni bukan nak menghina sesiapa atau nak mengutuk sesape tapi hakikat sebenar statement ni ditulis adalah atas dasar keperihatinan seorang manusia yang ingin menyedarkan seorang manusia yang lain agar sedar akan dirinya supaya landasan yang dipijaknya tidak tersasar ke bawah. 

sedarlah kita sebagai manusia biasa je kat atas bumi Allah Taala ni, jangan kita persiakan kenikmatan yang diberikan ke atas diri kita ni. sesungguhnya kenikmatan yang kita nikmati mungkin hanya sementara. siapa tahukan....

satu perkara yang kita perlu sedar bahawa kenikatan yang kita kecapi hari ini adalah bermula daripada ibu bapa kita. tanpa mereka, dimana letaknya kedudukan kita sekarang? tanpa mereka juga, dimana kita mendapat kebahagiaan dan kenikmatan?

so, jangan lah hanya dengan sedikit kemewahan yang kita kecapi, kita dah mula berasa riak dan takbur dengan orang disekeliling kita terutamanya ibu bapa kita. Nauzubillah...



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Perlis


Pengembaraan selama satu hari bersama rakan-rakan Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh (ABS). Bersama-sama mengejar impian agar suatu hari nanti kami akan ke menara gading seperti mana rakan-rakan yang lain telah pun menjejak kaki ke menara gading. Dengan usaha dan tekad yang ada akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki ke menara gading dengan kos masing-masing.

Alhamdulillah…

Kak Long @ Farhana dah lama sangat nak round Perlis. Dah lama dia pasang niat tapi apakan daya, masa yang terhad sukar untuk kami realisasikan impian k.Long. Akhirnya Fety bertekad juga nak realisasikaan impian k.Long and akhirnya tercapai juga. K.Long datang ke UUM and bermalam di bilik Fety. Kami plan nak bawa k.Long pergi ke Perlis.

Seperti yang dirancang akhirnya menjadi juga. Kami menyewa kereta untuk setengah hari. Seawal jam 9 pagi aku mula menjemput datin-datin di DPP mereka. Ma di Kachi manakala k.Long and Fety kene jemput di Mall. Sempat lak dioang makan dulu. Aku dengan Ma dah lapar bangat.

Sebelum gerak ke Perlis, kitoang pergi shopping di Changlun dahulu. Kepalanya Fety lah. Selama aku datang ke Changlun tak pernah aku sedar akan wujudnya kedai aksesori tersebut. Mang cantik kedai tu tambahan pula barang-barang dalam kedai tu cantik-cantik dan harga pun jauh lebih murah daripada tempat yang kami ingin tuju iaitu Padang Besar. Aku just beli cermin mata yang tak ada cermin, RM9.90. Tengah-tengah syok ni aku pun nak amik gambar kat dalam kedai tu, last-last kene marah coz dalam kedai tu tak dibenarkan mengambil gambar. Ok…




Sebelum bertolak ke Padang Besar kenalah kenyangkan perut dahulu. Nanti sampai kat sana tak perlu risau dah nak cari kedai makanan yang ok kat sana. Biasalah nama pun tempat pelancongan, harga pun faham jelah, mahal…

Area jam 12 tengah hari baru kami gerak ke Padang Besar. Dari Changlun nak ke Padang Besar kira-kira 1 jam setengah. Yang menariknya kat sana ialah suasananya yang luas dengan ladang tebu. Memang cantik.
Bak kata Kak Long, bila kita nak ke satu tempat baru ni, kita akan rasa lambat je sampai. Urm…nak tahu kenapa? Sebabnya pokok-pokok atau alam disekeliling kita ni akan menyambut kedatangan kita. Fakta atau auta? Don’t know….

Biasalah, nama pun perempuan kan. Shopping tak main lah sekejap. Kalau boleh semua kedai wajib masuk. Padahal yang nak belinya tak banyak pun. Al-maklumlah nafsu berbelanja besar sangat. Hajat nak pergi ke Padang Besar just nak teman Kak Long pergi beli beg tapi orang yang pertama beli barangnya Ma dengan Fety. Sudah lari plan jawabnya.


Pusing punya pusing, tak sedar dah pukul 3 lebih dah. Kami pun gerak ke masjid nak solat zohor. Siap je solat zohor, Ma dengan Fety start wat keje gila diorang iaitu pakai skirt yang baru beli kat Padang Besar. Ma jelah yang terus pakai tapi Fety patah balik tukar semula pakai jeans. Tak ready nak bertukar style katanya. Aku dengan K.Long lak apa lagi bergambarla kami dengan gaya tersendiri sementara nak tunggu diorang berteka teki dengan style diorang.




Plan seterusnya kami nak bawa k.Long ke Gua Kelam. Tapi yang menjadi masalah sekarang ialah tak ada seorang pun antara kami yang tahu jalan nak ke sana. Tengah-tengah buat perhitungan tentang jalan nak ke Gua Kelam, kami berhenti dulu kat ladang tebu. Apa lagi kerja kami kan, bergambar la. Macam-macam gaya kami buat sampaikan ada yang beri hon kat kami. Tapi kami tak kesah pun, yang penting kami dapat bergambar.




Siap bergambar kami gerak semula menuju ke Padang Besar. Kata membe aku, jalan nak ke Gua Kelam ikut jalan nak ke Perlis melalui simpang nak ke Padang Besar. Last2 kami ambil keputusan nak tanya kat abang UPP. Dalam sejam juga lah baru kami sampai ke Gua Kelam. Jauh jugalah nak masuk ke sana. Sampai je kami kat sana, kekecewaan je kami dapat. Rupanya Gua Kelam tutup akibat banjir. Kesian k.Long, kempunan nak masuk Gua Kelam. Kenangan tetap kenangan. Gambar mesti kene ambil walaupun tak dapat masuk ke dalam.





Destinasi seterusnya ialah makan steamboat kat Perlis. Specialnya steamboat ni ialah kita bole makan sampai kenyang hanya dengan bayaran RM10 sahaja. Setakat yang aku rasa, steamboat dekat depan ILP yang paling sedap sekali berbanding tempat yang kami pergi malam tu.

Waktu kami nak makan steamboat tu ada cerita di sebaliknya tau.

Sampai je kami kat depan kedai makan steamboat tu kira-kira jam 6 petang. Kira awal sangat untuk kami makan steamboat. Yelah, steamboat biasanya dimakan waktu malam, barulah rasa keenakan dia. So, kami ambil keputusan nak jalan-jalan dahulu. Kami ke tempat ni, tak tahu lah apa namanya. Yang penting, tempat ni ada tanda mercu Perlis. Bila puas bergambar, kami plan nak cari masjid. Siap je sembahyang, kami nak ke kedai yang Fety cakap tu. Entah macam mana, kami boleh sesat kat dalam bandar. Puas kami pusing nak cari rounbox yang besar tapi tak jumpa. Bila dah setengah jam kami pusing, last-last kami tanya juga orang. Cari-punya cari, akhirnya kami jumpa juga kedai tu. Yelah, penat katakan, selera makan pun dah kurang lah.
Bila fikirkan semula, macam tak berbaloi dengan apa yang kami makan sebab jumlah yang kami makan rasanya tak sampai RM10 seorang terutamanya aku lah. Aku just makan sikit jer. Tak ada selera sebab terlalu penat.



  ROUND 

  PERLIS
YANG
MENYERONOKKAN




Kira-kira jam 11 malam baru kami sampai ke UUM. Total duit sewa kereta, minyak kereta dan makan tak sampai RM100 seorang. Kira belanja yang jimat lah juga.

Apa pun, jelajah satu hari suntuk bersama-sama dengan rakan-rakan ABS sangat best dan akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Walaupun penat memandu, aku tetap gembira sebab dapat bawa kawan-kawan happy dan selamat.

Alhamdulillah. 


kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

entry baru

aiiyyoo.. (trademark baru)
dah berkulat blog aku ni 
idok di update nyer ngan cerita2 baru...
harap jer sll on9 tapi tak tau lah knp jari jemari ni 
terasa teramat malas nak menaip 
padahal dalam otak ni macam2 cerita nak di update
sampai jer depan netbook ni trus tekan benda lain
ape ag kalau buka youtube
kita tgk cerita lah...
hehehehe...
bila dah mengantuk, tidur
bila bangun jer prut mst lapar
ape ag ke dapur lah kita melangkah..makan...makan..makan
dah bosan, tgk tV lak..
itu lah keje aku tiap2 hari selama 2 bulan duk umah
muka pun makin hari makin bolat jawabnya...
its ok, apa yang penting, ada juga orang sayang kita
hehehhee...(gelak gatal)

kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga