Saturday, August 11, 2012

Cinta tiga segi


Setiap orang akan mengalami  dunia percintaan. Pelbagai cerita cinta yang akan kita temui dan pengalaman setiap orang dalam percintaan adalah berbeza. Ada cinta yang dibina kali pertama berkekalan hingga ke akhir hayat tetapi ada juga cinta yang dibina hanya separuh jalan.

Sabarlah wahai sahabat, kerana kegagalan percintaan tidak bermakna anda keseorangan hingga akhir hayat.

Cinta tiga segi merupakan satu cerita yang menarik minat aku untuk diceritakan di dalam blog kesayanganku ini.  Bukan niat ku untuk mengaibkan sesiapa, tetapi aku hanya ingin berkongsi cerita ini untuk dijadikan pengajaran kepada mereka di luar sana yang dilamun cinta yang tidak pasti.

Memang sakit bila cinta kita berakhir di tengah jalan dan bertambah sakit lagi bila orang yang pernah kita cinta suatu masa dahulu telah beralih arah dengan menyintai sahabat kita dalam diam.

Setiap manusia memang ada perasaan marah tapi amarah yang ingin kita luahkan boleh dikawal dengan emosi yang stabil. Emosi yang baik adalah manusia yang sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.

Allah tidak akan menguji seseorang mengatasi kemampuan umatnya. Belajar lah menerima hakikat dengan apa yang berlaku dalam hidup ini.

Berbalik dengan cerita yang ingin aku kongsikan.

Dua sahabat yang sentiasa bersama-sama berjuang di dalam mengejar cita2 yang dibina walaupun dari sekolah yang berbeza tidak pernah terkubur di tengah jalan. Setiap langkah yang ingin dituju sentiasa bersama-sama, tidak pernah berpisah walaupun sesaat.

Masa yang begitu pantas telah berlalu dan menyebabkan mereka tidak sedar betapa lamanya mereka bersahabat. Ke mana-mana sahaja, mereka tetap bersama walaupun sesaat.

Tuhan maha kuasa dan maha petunjuk. Rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar juga. Anita telah mengetahui siapa lelaki yang telah bertakhta di hati Suraya selama ini. Kenyataan yang diterima oleh Anita telah menyebabkan percetusan yang besar berlaku antara dua sahabat ini.

Mengapa perlunya percetusan ini? Apa yang menyebabkan Anita sukar menerima kebahagiaan Suraya sehingga persahabatan mereka berakhir dengan amukan dan pergaduhan?

Setiap orang mempunyai cara dan pemikiran tersendiri. Berbeza dengan Anita yang sukar menerima hakikat bahawa kekasih sahabatnya, Suraya merupakan bekas teman lelakinya sendiri. Orang yang pernah bertakhta dihatinya suatu tika dahulu.

Sukar untuk Anita menerima hakikat ini. Hakikat bahawa selama ini sahabatnya telah bahagia di sisi bekas kekasihnya sedangkan dirinya berada dalam kesedihan.

Apakah semua ini adil untuk Anita? Kenapa seorang sahabat sanggup memperlakukan perkara sedemikian terhadap sahabatnya sendiri? Apakan ini dikategorikan sebagai ‘perampas’???

Suraya lah tempat untuk Anita mencurahkan segala kesedihan dan kegembiraan yang dialaminya saban hari. Kepercayaan dan kesetiaan yang diberi kepada Suraya selama ini akhirnya terkubur dek kerana cinta. Dimanakah kesetiaan yang dibina dalam persahatan antara mereka?

Perit untuk Anita menerima kenyataan yang di depan mata. Apa dosanya pada Suraya selama persahabatan mereka terjalin. Mampukah Anita berdiri di atas kebahagiaan sahabatnya dengan orang yang pernah dia cintai suatu tika dahulu. Tiap hari Anita menitiskan air mata kesedihan, sedih kerana dia ditipu oleh sahabatnya. Persoalan demi persoalan menerjah dalam kotak fikirannya setiap hari.

Kenapa kau merampas? Kenapa kau tidak beritahu dari dulu tentang hubungan korang? Kenapa perlu bohong? Kenapa, kenapa dan kenapa..

Secara rasionalnya perlukah Anita mengamuk sedemikian sehingga menyebabkan persahabatan mereka terputus hanya disebabkan seorang lelaki yang belum tentu masa depannya. Lelaki yang tidak ada masa depan, yang hanya seronok melihat dua sahabat bertelingkah antara satu sama lain.

Jika benar engkau membenci bekas teman wanitamu, kenapa perlu kau hendak memburukkan dan memfitnah bekas teman wanitamu kepada teman wanitamu kini sedangkan kau tahu mereka berdua adalah sahabat. Di mana letaknya kelelakianmu? Jika kau seorang lelaki yang baik, kau sanggup menjauhkan diri dari mereka. Bukannya kau melaga-lagakan mereka berdua dengan menjadi seorang talam dua muka. Di mana harga dirimu.

Sekian…

kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment