Tuesday, August 14, 2012

sampai bila??

setiap insan di bumi ini inginkan ketenangan setiap waktu setiap detik yang dilalui. begitu juga dengan diri ini yang selalu inginkan ketenangan yang baik, tapi aku buntu di mana ketenangan yang aku boleh aku perolehi.

serius, dari lubuk hati ini aku terlalu cemburukan mereka di luar sana yang sentiasa cool dalam menghadapi hari2 mereka. walaupun mereka sedih, ketenangan tetap berada di sisi mereka. ketenangan yang hakiki, jauh di dasar hati mereka.

aku bukan berilmu tetapi aku tidak jahil tentang agama. dengan secebis pengetahuan yang aku ada, ketenangan yang ingin kita miliki perlulah berlandaskan keimanan yang hakiki iaitu beriman dengan sebaik mungkin pada yang maha Esa, Allah Taala. adanya iman dan taqwa dalam diri ini, ketenangan yang ingin kita kecapi mungkin akan wujud. sucikan diri kita dengan iman yang teguh, ketenangan pasti datang. Insyaallah.

aku bukan insan mulia disisi Allah Taala. terlalu banyak kekurangan yang ada dalam diri ini. terlalu banyak dosa yang aku lakukan samada dalam aku sedar atau tidak aku sedari. sampai bila aku perlu begini? terlalu kuat godaan dunia sehingga aku gagal melawannya.

aku tenggelam dalam duniawi.

Aku mohon pada-Mu ya Allah, matikan aku dalam keimanan. berilah aku peluang untuk bertaubat. berilah aku kesempatan untuk aku kembali jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau redhai.

perkuatkanlah keimanan aku. teguhkan iman dalam diri ini. Tapi aku sentiasa kalah dengan duniawi.

sampai bila aku perlu begini??? aku menangis tiap masa yang aku lalui tapi tanpa air mata.

turunkanlah insan yang dapat membantu aku untuk kukuhkan iman di hati ini. semoga aku sempat bersujud di sejadah dengan kalimah 'aku bertaubat nasuha dengan apa yang aku lakukan di bumi ini' sebelum dua malaikat menjemput aku ke tempat asalku....
kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Monday, August 13, 2012

restu mak ayah

alhamdulillah..

syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kekuatan untuk berbicara dengan mak soal cinta aku dengan Fadli... bukan mudah untuk aku berterus terang dengan mak tentang benda ni. bagi kami adik beradik, mak seorang yang tegas jika anak2nya bercinta semasa belajar. pantang baginya jika kami berbuat sedemikian.

tapi orang kata, restu mak dan ayah sangat penting untuk kita mendirikan rumahtangga kan. So, mane2 yang tengah kapel tu, cepat2 lah bagitau dengan mak and ayah diawal perkenalan korang. bukan apa, takut nanti dah lama bercinta, last2 mak bapak tak restu. kan dah merana kena tinggal orang yang tersayang.

betul atau tidak fakta diatas??? fikir2 kan

kisahnya bermula bila aku bagitahu mak yang sem depan aku plan nak ambil kursus kahwin. Mak cakap awlnya nak ambil. Alasan aku bayaran kat dalam UUM yang dikenakan murah berbanding buat kat luar nanti.  heheheh.... Aku pun start lah cerita yang Yuli (ex-roomate aku) dah pun ambil kursus tu. Mak pun tanya lah, "await yuli ambil awal sangat, dia dah ada orang ke?". Aku dengan selamber jawab, "aah, dah ada dah, orang pahang." Tanpa aku sedar rupa2nya soalan mak tu perangkap untuk aku. Direct mak tanya kat aku, "adik dah ada ke?". Aku pun apa lahi kan, spontan jelah jawab yang aku dah ada dah. Aku cerita lah serba sedikit tentang latar belakang dia.

soalan pertama mak tentang Fadli ialah 'sembahyang tak dia?'.... soalan kedua mak ialah 'orang mana?'....and soalan ketiga mak ialah 'merokok ke tak?'....pening juga aku nak memberi jawapan...

tapi alhamdulillah, mak tak pernah kata tak boleh untuk berkawan dengan Fadli. bermakna hubungan kami direstui. tapi mak cakap kawan lah dulu, kenal hati budi dulu. Jangan salah pilih pula nanti. Kawin ni bukan perkara yang main2. Biar cari yang sempurna.

tapi bagi aku, aku ni tak ada lah alim sangat and tak lah jahat sangat. So tak perlulah aku memilih sangat siapa jodoh aku. Allah telah menentukan siapa jodoh kita, cuma yang perlu kita lakukan ialah mencari. tak perlu kita nak cari yang terlalu perfect sangat sebab diri kita sendiri pun belum tentu lagi sempurna kan.
kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Saturday, August 11, 2012

Kolam Air Panas, Baling, Kedah.


Bila dengar orang bercerita macam best je kolam air panas ni. Yelah, tempat yang belum pernah pergi lagi kan tambahan pula tempatnya tidak ada di kawasan2 lain. Mungkin ada tapi tak seperti di Baling.

Tempat ni aku pergi bersama-sama dengan bf aku lah, Fadli. Dia lah yang membawa aku ke sini. Yelah, dia kan orang Sik, mustahil tak tahu jalan nak ke tempat ni kan.

Seperti yang dirancang, dia mengambil aku di DPP jam 3 petang kerana dalam pengiraannya masa yang akan kami ambil untuk sampai ke sana kira-kira 4 jam tak termasuk berhenti makan dan solat.

Semasa dalam perjalanan ke sanapelbagai rintangan terpaksa kami tempuhi seperti jalan yang berliku, hutan yang tebal dengan tidak ada orang di sepanjang jalan yang kami lalui. Fadli membawa aku melalui jalan pintas kerana katanya lebih jimat masa dan tidak perlu memalui tol. Hanya RM30 sahaja minyak yang digunakan untuk ke sana dan masih berbaki.sangat jimat kan.

Bila kami melalui papan tanda Kolam Air Panas, aku sangkakan hanya 15 minit sahaja untuk sampai ke sana tetapi hampir satu jam untuk ke sana. Boleh tahan lah jauhnya. Jalannya yang sempit terpaksa Fadli memandu keretanya dengan perlahan. Adanya perkampungan orang asli serta jalan yang berbukit terpaksa kami lalui untuk sampai di sana. Seawal jam 8 malam suasana disana sangat menyeramkan juga kerana jarang-jarang sahaja ada kereta melintasi kereta kami.

Hampir jam 9 malam aku dan Fadli sampai juga di Kolam Air Panas. Mungkin masih awal lagi kami sampai dan orang yang datang pun tidak lah terlalu ramai sangat. Apabila jam menunjukkan jam 12 malam barulah kawasan Kolam Air Panas dipenuhi pengunjung yang pelbagai kaum dan pelbagai lapisan. Sehinggakan ada yang berkhemah disana.

Kolam yang ada disana ada 3 kategori iaitu:

·       Kolam 1 sangat panas
·       Kolam 2 sederhana panas
·       Kolam 3 kurang panas
·       Dan kolam tambahan untuk kanak2


kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Cinta tiga segi


Setiap orang akan mengalami  dunia percintaan. Pelbagai cerita cinta yang akan kita temui dan pengalaman setiap orang dalam percintaan adalah berbeza. Ada cinta yang dibina kali pertama berkekalan hingga ke akhir hayat tetapi ada juga cinta yang dibina hanya separuh jalan.

Sabarlah wahai sahabat, kerana kegagalan percintaan tidak bermakna anda keseorangan hingga akhir hayat.

Cinta tiga segi merupakan satu cerita yang menarik minat aku untuk diceritakan di dalam blog kesayanganku ini.  Bukan niat ku untuk mengaibkan sesiapa, tetapi aku hanya ingin berkongsi cerita ini untuk dijadikan pengajaran kepada mereka di luar sana yang dilamun cinta yang tidak pasti.

Memang sakit bila cinta kita berakhir di tengah jalan dan bertambah sakit lagi bila orang yang pernah kita cinta suatu masa dahulu telah beralih arah dengan menyintai sahabat kita dalam diam.

Setiap manusia memang ada perasaan marah tapi amarah yang ingin kita luahkan boleh dikawal dengan emosi yang stabil. Emosi yang baik adalah manusia yang sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.

Allah tidak akan menguji seseorang mengatasi kemampuan umatnya. Belajar lah menerima hakikat dengan apa yang berlaku dalam hidup ini.

Berbalik dengan cerita yang ingin aku kongsikan.

Dua sahabat yang sentiasa bersama-sama berjuang di dalam mengejar cita2 yang dibina walaupun dari sekolah yang berbeza tidak pernah terkubur di tengah jalan. Setiap langkah yang ingin dituju sentiasa bersama-sama, tidak pernah berpisah walaupun sesaat.

Masa yang begitu pantas telah berlalu dan menyebabkan mereka tidak sedar betapa lamanya mereka bersahabat. Ke mana-mana sahaja, mereka tetap bersama walaupun sesaat.

Tuhan maha kuasa dan maha petunjuk. Rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar juga. Anita telah mengetahui siapa lelaki yang telah bertakhta di hati Suraya selama ini. Kenyataan yang diterima oleh Anita telah menyebabkan percetusan yang besar berlaku antara dua sahabat ini.

Mengapa perlunya percetusan ini? Apa yang menyebabkan Anita sukar menerima kebahagiaan Suraya sehingga persahabatan mereka berakhir dengan amukan dan pergaduhan?

Setiap orang mempunyai cara dan pemikiran tersendiri. Berbeza dengan Anita yang sukar menerima hakikat bahawa kekasih sahabatnya, Suraya merupakan bekas teman lelakinya sendiri. Orang yang pernah bertakhta dihatinya suatu tika dahulu.

Sukar untuk Anita menerima hakikat ini. Hakikat bahawa selama ini sahabatnya telah bahagia di sisi bekas kekasihnya sedangkan dirinya berada dalam kesedihan.

Apakah semua ini adil untuk Anita? Kenapa seorang sahabat sanggup memperlakukan perkara sedemikian terhadap sahabatnya sendiri? Apakan ini dikategorikan sebagai ‘perampas’???

Suraya lah tempat untuk Anita mencurahkan segala kesedihan dan kegembiraan yang dialaminya saban hari. Kepercayaan dan kesetiaan yang diberi kepada Suraya selama ini akhirnya terkubur dek kerana cinta. Dimanakah kesetiaan yang dibina dalam persahatan antara mereka?

Perit untuk Anita menerima kenyataan yang di depan mata. Apa dosanya pada Suraya selama persahabatan mereka terjalin. Mampukah Anita berdiri di atas kebahagiaan sahabatnya dengan orang yang pernah dia cintai suatu tika dahulu. Tiap hari Anita menitiskan air mata kesedihan, sedih kerana dia ditipu oleh sahabatnya. Persoalan demi persoalan menerjah dalam kotak fikirannya setiap hari.

Kenapa kau merampas? Kenapa kau tidak beritahu dari dulu tentang hubungan korang? Kenapa perlu bohong? Kenapa, kenapa dan kenapa..

Secara rasionalnya perlukah Anita mengamuk sedemikian sehingga menyebabkan persahabatan mereka terputus hanya disebabkan seorang lelaki yang belum tentu masa depannya. Lelaki yang tidak ada masa depan, yang hanya seronok melihat dua sahabat bertelingkah antara satu sama lain.

Jika benar engkau membenci bekas teman wanitamu, kenapa perlu kau hendak memburukkan dan memfitnah bekas teman wanitamu kepada teman wanitamu kini sedangkan kau tahu mereka berdua adalah sahabat. Di mana letaknya kelelakianmu? Jika kau seorang lelaki yang baik, kau sanggup menjauhkan diri dari mereka. Bukannya kau melaga-lagakan mereka berdua dengan menjadi seorang talam dua muka. Di mana harga dirimu.

Sekian…

kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga