Thursday, June 21, 2012

inginkan kesihatan yang baik...

ok kengkawan semua....especially pada wanita2 sekarang yang dah menginjak umur 20-an mesti dah mula merasakan kecantikan tubuh badan sangat penting....pemakanan mesti lah kene jaga..tak boleh makan sebarangan dah..hehehehe...


jom kita baca apa yang perlu kita lakukan untuk kekalkan badan kita supaya sihat selalu dah elak dari gemuk...


cara2:


1. Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B dalam roti atau bijirin mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak. Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan. Remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya. Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur.

2. Ramai sangka makan sehari sekali tapi mengambilnya dalam kuantiti banyak itu satu cara diet. Sebenarnya, cara ini salah. Sebaliknya amalkan makan kerap (sehingga enam kali sehari) tetapi sedikit-sedikit. Yang penting, jangan tinggalkan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sebelum pukul 7:00 malam, jika masih lapar makanlah buah-buahan atau makanan kaya serat sebagai alas perut.

3.  Seharusnya dimulakan seawal usia dan jadikan amalan sebagai aktiviti rutin seperti amalan bersenam, berjogging, berjalan kaki, mengadakan aktiviti riadah seperti berkelah dan bersukan. Aktiviti ini hendaklah dilakukan secara berterusan.

ini adalah senarai makanan yang berkhasiat..

1)        Sayuran hijau
– cara terbaik untuk memulakan sajian diet dengan memperbanyakkan sayuran hijau dan salad. Ia boleh menambah jumlah makanan tanpa menambah jumlah kalori.
2)      Asparagus
– merupakan sayuran rendah karbohidrat yang baik untuk diet. Rendah kandungan kalori dan kaya dengan vitamin seperti folate dan vitamin A.
3)      Zucchini
– zucchini adalah salah satu sayuran yang rendah kalori dan rendah kandungan karbohidrat .Zucchini lebih sedap dicampur dengan salad atau di goreng.
4)      Tomato
- Tomato boleh di makan mentah atau di buat sup.
5)      Salmon
– Sejenis ikan yang mengandungi lemak baik seperti omega 3 yang baik untuk sistem kardiovaskualar.
6)      Ayam
– Ayam merupakan pilihan yang baik dan bila di masak dengan cara yang betul, ia menjadi rendah lemak dan menjadi sumber protein yang baik.

kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment