Wednesday, June 6, 2012

bila tiba masanya

masa yang pasti ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang ingin menyambung keturunan baginda, melahirkan zuriat baru bagi meneruskan keturunan kita di samping menyahut seruan kerajaan yang inginkan jumlah penduduk malaysia yang ramai....

ya, begitu padat fakta yang ku hujahkan...

sambil online di atas katil dan ditemani dengan lappy baruku, teringin pulak nak tengok cerita 'dodol si bujang sepah'...menggamit jiwa aku yang tengah stress mengadap buku untuk final exam...tiba2 terfikir sejenak aku tentang Shuib, salah seorang  pelakon yang memegang watak sebagai adik dan tergerak hati aku untuk melihat resepsi perkahwinan Shuib dan Sarah...

sama padan dan sama cocok...kata org2 tua lah, kalau muka sama maknanya jodoh kita lah 2 and jodoh yang berkekalan hingga akhir hayat...

bila melihat jer gambar2 perkahwinan mereka terus aku bayangkan, indahnya jika aku berada di tempat mereka. melayari bahtera alam perkahwinan yang indah...diceriakan lagi dengan kehadiran permata yang tak ternilai harganya.

indahnya, lengkapnya sebuah perkahwinan 2 kan...

kini umurku 23 tahun...kwn2 kate umur ni dah layak untuk berkahwin tapi tidak bagiku...aku rasakan aku tak layak mendirikan rumahtangga lagi. tak sempurna rasanya ilmu rumahtangga yang aku ada sekarang. banyak yang perlu aku pelajari.

mak selalu pesan, nak berumahtangga bukan senang...kahwin ni bukan satu permainan...pilih lah yang sebaik mungkin....pilih lah yang dapat membimbing kita..soleh dari semua sudut...

layak ke untuk aku mencari yang sedemikian rupa??solehah ke aku ni untuk mencari suami yang soleh....

sangat berat ku rasakan bila memikirkan alam perkahwinan...macam2 yang aku fikirkan....aiisshhh...beratnya aku rasa...dulu kita fikir cari calon suami senang je...bercinta and kahwin...tapi bila umur dah menginjak 20-an, baru ku rasakan perkahwinan ni satu tanggungjawab yang besar. amanah yang diberi oleh ibu bapa agar menjadi isteri yang solehah, menjadi suami yang soleh serta menjaga keturunan dengan baik...

bila aku tengok jer gambar2 pertunangan, perkahwinan yang dipost oleh kawan2, terasa teringin sangat2 nak jadi macam dioang...tapi aku belum bersedia...bagi aku hidup berumahtangga ni sekali seumur hidup...kalau boleh, biarlah sempurna di mata aku, kelaurga dan masyarakat....

prinsip aku mudah jer...biarlah si perempuan dan si lelaki ni ada aset yang tetap, pendapatan yang tetap sebelum dan selepas kahwin especially apabila lahirnya insan yang disayangi...aku ingin sarungkan pakaian yg baru untuk dia....then bila lepas kahwin aku tak nak hidup terumbang ambing means duit yang dikumpul oleh si lelaki hanya cukup untuk perkahwinan sahaja....so paham la kan maksud kat sini...

insyaallah, andai seru ku sampai, akan ku sahut serua tersebut dengan hati yang terbuka dan redha dari hati ku ini...semoga jodoh yang ku peroleh ini mendapat restu yang ikhlas dari mak dan ayah....

barakhallah......
kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment