Thursday, May 10, 2012

bila kerinduan menghampiri diriku

semalam time kelas supply chain, lec bg ktoang motivasi yang sgt2 memberi impak kepada aku n rakan2. ade sebahagian dari kami yang akan praktikum selepas ini, so lec bagi nasihat ttg pe yang ktoang perlu lakukan sepanjang 6 bulan praktikum... terasa seperti aku lak yang akan praktikum sem depan...padahal lambat ag..huhuhu

sejauh mane pun kita berada, ibu bapa adalah orang yang paling penting sekali kerana ibu bapa lah yang akan melengkapkan hidup kita sebagai anak dan insan di muka bumi ini. tanpa mereka boleh kita kecapi kebahagiaan??? tanpa mereka boleh kah kita mencapai seperti sekarang??? tanpa sokongan mereka bolehkah kita mampu bertahan di muka bumi ini yang dipenuhi dengan pancarobanya???

selagi kita bergelar seorang anak, janganlah abaikan tanggungjawab kita. walaupun sebutir zarah kita lakukan kebaikan kepada ibu bapa kita, seluas lautan ganjaran kita akan perolehi. rebutlah semua ini selagi ibu ayah kita masih di muka bumi ini. jangan lah menganggap mereka sebagai beban untuk kita kecapi kejayaan tapi jadikanlah mereka sebagai idola untuk kejayaan yang kita kecapi sekarang.

disaat berjauhan dengan mak dan ayah ni, aku rasakan kerinduan yang teramat sangat pada mereka. kerinduan dengan celoteh mereka, rindu dengan bebelan mereka, rindu dengan gelak tawa mereka, rindu dengan masakan mak,.. segala2nya aku rindu dengan mereka...

pernah tak kita tahu kenyataan ini

cuba kita bayangkan seorang CEO dari p***** masih lagi menelefon mak nya setiap hari. bandingkan dengan diri kita, berapa kali kita telefon mak kita? satu hari sekali or satu kali seminggu or satu kali sebulan??? tahukah kita khabar ibu bapa kita setiap hari?? sedarilah kita sebagai anak, ingatilah bahawa setiap apa yang kita lakukan dengan mengingati mereka akan dipermudahkan segala urusan yang kita lakukan.

berkat dari ibu bapa adalah penting kerana keberkatan yang kita perolehi akan menyempurnakan kehidupan kita. cuba kita lihat berapa ramai kah org di luar sana yang bercerai berai, yang papa kedana walaupun mereka mempunyai wang yang banyak, berapa ramai yang hidupnya terumbang ambing...lihat semula apa punca berlakunya keadaan sedemikian...

sebesar mana gaji pun yang kita perolehi jika kita tidak pernah menghulur wang walaupun RM10 kepada ibu bapa kita, ia sudah memadai.. ibu bapa tak pernah mengharapkan anak2 memberi jumlah wang yang banyak kepada mereka, meeka hanya inginkan kita memperoleh berkat dengan apa yang kita perolehi.

so, marilah kita sebagai anak ambil lah peluang yang ada selagi ibu bapa kita masih hidup. hargailah mereka selagi mereka ada....

i love u mom and dad...
i miss u alwayz...

kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment