Thursday, May 31, 2012

::.. apa kata hati sekarang ..::

lamanya tak meluahkan kata hati kat dalam blog ni...dah berhabuk blog ku kini...

dalam otak ni terlalu banyak yang ingin ku ceritakan tapi tak tahu yang mana nak didahulukan...

anyway...aku ingin coret tentang sikap orang bila berkawan...

semua orang ada kawan kan sebab kawan lah yang membantu kita dikala kita susah dan senang tapi siapakah kawan kita yang benar-benar berada disisi kita setiap masa??? lihat disekeliling kita siapa yang layak kita gelarkan mereka SAHABAT????

SAHABAT: ke mana kita pergi kawan mudah kita perolehi, di mana sahaja kita dicampakkan pasti kita perolehi kawan tanpa kita mencari mereka...tapi... bagaimana dengan sahabat...diantara 1000 orang hanya satu sahaja yang dapat menjadi sahabat kita....sahabat adalah mereka yang sentiasa disisi kita di kala kita susah dan senang...sahabat menjadi tunjang kita untuk kita berdiri selain keluarga....

sepanjang hidupku hanya 2 org sahaja sahabatku yang sentiasa berada disisiku dikala aku susah dan senang. aku kenang setiap jasa yang mereka curahkan kepada ku....aku sayangkan mereka seperti aku sayangkan nyawaku sendiri...

sebelum kita ingin orang menjadi sahabat kita, nilai lah diri kita ini dahulu layakkah mereka menjadi sahabat kita???kenapa saya katakan sedemikian...ini kerana jika kita ingin mereka menjadi sahabat kita, jadikan dahulu diri kita ini sahabat mereka....

kenapa kita perlu menjadi orang yang pentingkan diri dalam persahabatan..apa yang kita dapat sebenarnya???nothing right......

jangan fikir kita akan bahagia jika kita mempergunakan kawan-kawan di kala kita senang sahaja. ingatlah suatu hari nanti kita akan terima benda yang pernah kita lakukan dahulu. 



kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment