Tuesday, April 3, 2012

++ sekadar berkongsi cerita ++

setiap orang idamkan wajah yang cantik dan bersih dari sebarang kotoran seperti jerawat, jeragat, kesan jerawat dan sebagainya. kecantikan adalah anugerah dari Tuhan yang tak terhingga. Benar kata ulama bahawa kecantikan luaran tidak akan kekal selamanya tetapi kecantikan dalaman akan memberi kesan kepada kecantikan luaran. walaupun kita mempunyai kecantikan dalaman jika kita tidak menjaga kecantikan luaran, ia seolah2 sama sahaja kerana ramai orang akan melihat luaran dahulu barulah melihat dalamannya pula.

dunia yang penuh dengan pelbagai produk kecantikan telah menyebabkan banyak wajah2 yang suci bertukar menjadi wajah2 yang dipenuhi dengan kecacatan. begitu juga dengan diriku yang suatu ketika dahulu telah dibelengu dengan masalah jerawat yang sangat teruk. hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rimasnya aku dengan jerawat2 yang semakin banyak di muka. ditambah lagi dengan parut jerawat yang susah untuk hilang menyebabkan muka aku semakin kusam dan tidak bermaya.

bercakap tentang keyakinan, waktu muka aku teruk, semua keyakinan yang ada pada diri aku hilang serta merta. aku bukan lagi seorang yang aktif dah suka senyum. aku rasa rendah diri sangat bila berjumpa dengan orang lain. aku rasakan aku lah perempuan yang sangat hodoh dan perempuan yang kotor kerana tidak pandai menjaga kecantikan wajah.

pelbagai alternatif aku dah lakukan sehinggalah aku join satu program di universiti iaitu BAKSIS ke KELANTAN. disana lah aku telah berjumpa dengan keluarga angkat yang sangat baik walaupun mereka mempunyai 10 orang anak. ZANA adalah adik angkat aku yang sangat rapat dengan aku disana. kemana sahaja aku pergi dia pasti bersama. sehinggalah suatu hari dia mencadagkan kepada aku satu produk untuk menghilangkan jerawat diwajahku iaitu T3.

waktu itu cuti semester aku selama 4 bulan dan selama itulah aku telah menjaga muka ku dan menunggu dengan sabar perubahan demi perubahan di wajahku. dan alhamdulillah, wajahku kini telah pulih sepenuhnya. tiada lagi masalah jerawat seperti sebelum ni.

selain T3, aku juga menggunakan bedak cina dan pencuci muka papaya. aku tidak lagi menggunakan bedak compact kerana mungkin bedak jenis itulah menyebabkan muka aku dipenuhi dengan jerawat.

bercakap tentang kekasih, semasa muka aku teruk dulu, memang aku telah jauhkan diri dari semua lelaki dan jauhkan diri dari bertemu dengan mereka. bukan sombong tapi malu dengan wajah aku yang berjerawat. tapi dalam masa yang sama, aku juga cuba untuk dekatkan diri dengan mereka tapi kekecewaan  yang aku terima mungkin kerana wajahku yang berjerwat.

tapi sekarang aku hanya menerima seorang lelaki sahaja dalam hidupku kerana dialah yang menerima aku dan berusaha mendekatkan dirinya kepada aku walaupun dia tahu yang muka aku sangat teruk dan tidak cantik seperti perempuan2 yang lain. dan alhamdulillah dia menerima aku seadanya. tak dinafikan sejak wajahku dah elok, ramai lah juga lelaki2 yang cuba untuk dekatkan diri aku tapi bila difikirkan semula tidak wajar aku nak ambil kesempatan dengan apa yang aku dah miliki sekarang. so sekarang, kesetiaan aku hanyalah pada dia sahaja selepas Allah, Rasul dan family...
dahulu

sekarang

kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment