Thursday, March 8, 2012

terdetik seketika

ku mulai dengan Bissmillah..Ar Rahman Ar Rahim

Seindah hari ini yang suasana nya menyamankan. Tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Syukur ke hadrat Ilahi kerna aku diberi peluang untuk bernafas dan menikmati dunia yang penuh dengan segala2nya. bersyukur ke hadrat Ilahi kerna aku dilahirkan tanpa ada cacat celanya.

Alhamdulillah...

Setelah berminggu-minggu aku mengalami kepenatan. mengejar masa yang kurasakan tidak cukup 24jam untuk aku lakukan semua aktiviti2 sehari. hari ini barulah aku dapat bernafas dengan baik.

terdetik hati ini untuk membuka satu blog yang aku kenal orangnya. aku membaca setiap tulisannya. tiap ayat yang dicoretnya membawa seribu maksud yang sangat mendalam. aku sangat bangga dengan beliau kerana mempunyai seni yang tidak semua orang ada. semoga anda meneruskan setiap ayatmu hingga ke titik nokhtah yang terakhir. jangan lah kau kuburkan soft skill yang ada pada dirimu.

Tiap hari aku rasa kan banyak kekurangan yang ada dalam hati ini. Kadang kala aku terfikir ;

'apa yang aku telah perolehi setelah 23 tahun aku berada di bumi Allah ini???apa yang telah aku bekalkan untuk aku tempuhi alam yang satu lagi???'

Sukar untuk aku kuasai diri ini daripada godaan syaitan. Sukar juga hati ini untuk di sucikan dengan iman yang teguh. Betapa hebatnya mereka2 yang beriman kerana mereka berjaya mengusai diri mereka daripada terjerumus ke dunia kejahatan.
kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment