Sunday, January 15, 2012

seronoknya bila tengok orang lain dah mula angkat beg and kaki nak balik rumah dah. aku lak masih stay lagi kat sini mengadap buku-buku untuk di tela'ah. 2 paper lagi sedang menunggu "LAW" and "SP". bila dah tengok orang lain dah balik mulalah aku rasa tak semangat dah nak study.

*ingat ilah, ko ada 2 paper lagi...2 lah penentu result ko nanti...jangan sia2 kan*

14hb bersamaan hari SABTU  --> mesej dari mak <--

 mak : assalamualaikum.adek buat apa.ada exzem ke hari ini atau pun tidur. (2:58pm)
 aku  : salam..adk tgah stdy... (3:05 pm)
 mak : ##no reply##
 aku  : salam. mak bt ape 2..adk da blk da (6:31 pm)
 mak : ##no reply##
 mak : adek malam ni ada kerja sekolah ke.jikalau tak kerja mak tel. (7:20 pm)
 aku  :jap lagi adk nak p makan..nanti da siap adk msg mak ye (7:21 pm)
 mak :yalah adek apa pun saja nak kacau adek. (7:24 pm)

aku call mak jam 9:05 pm tapi  tak di angkat..dalam fikiran aku mybe mak solat kot..so xpelah, jap lagi lah call balik.

jam 9:07 pm mak call semula..rupa2nya mak call k.njang sebab nak cakap ngan cucunya, safiya... then aku bercerita punya cerita and sedar tak sedar aku dah cakap ngan mak dekat sejam... * kenyataannya mang sll gayut ngan mak lama2 sebab kredit mak mang banyak pun n satu ag, rindu dengan mak, rindu nak bercerita, rindu nak masak sama2, rindu nak makan sama2, pokoknya mang rindulah *

  • my mom dah pandai speaking english sekerang just ejaan jer salah 'exam' jadi 'exzam'...hehe...ok lah da ada kemajuan mak sekarang...im proud wif u mom.
  • aku mengadu dengan mak yang aku tak boleh nak jawab exam, ssh sangat soalan...tgk soalan pun dah cam tak pernah belajar..tp mak tak pernah pun marah kalau aku ckp cam 2 sebab mak tau tak ada apa yg ssh kat dalam dunia ni yang penting kita selalu berusaha dan ingat Allah selalu.
  • mak bagi aku nasihat. katanya "banyakkan baca al-quran, ingat Allah, bykkan berzikir and macam2 lah mak bagi tips2 untuk mudah belajar tapi aku ni jarang nak amalkan apa yang mak suruh. apelah nak jadi aku ni kan. tapi aku bersyukur sebab ada mak yang sangat memahami anaknya walaupun kadang2 banyak celotehnya @ membebelnya kalau anak2nya buat salah. itulah dinamakan seorang 'IBU'
banyak betul aku bercerita sal mak kan, ni lak cerita sal ayah...

  • ayah ni serang yang agak pendiam. dy ada time2 nya kalau nak bercakap. kami semua dah biasa dengan cara ayah and dah faham sangat. ayah aku yang paling risau sal aku kalau aku tak balik dalam jangka masa panjang or tak balik kalau dah janji. mesti hari2 ayah akan tanya mak "mane adk xblk lagi ke?" n peranan mak lak akan tel aku..hahahah...
  • erm..satu lagi sal ayah ni, dy mesti akan risau kalau aku tak pernah nak mnt duit. pelik kan, sllnya ayah akan membebel kalau anak dy mnt duit tp berbeza dgn ayah aku lak. mst ayah suruh mak call aku then tanya aku "cukup tak duit kat sana?" aku mst akan jawab "cukup lagi mak, t ujung sem baru tak cukup"...
moral kat sini :

# ingat parents kita selalu walaupun sejauh mane kita dduk sebab setiap saat parents kita buat, mereka akan mengingati kita.
# selalu lah telefon parents kita or msg mereka sebabsekali mereka telefon kita kita yang akan mendapat dosa sebab melupakan mereka seketika.
# utamakan lah parents kita daripada mengutamakan segala2nya ok. pk lah anda apa gunanya kita utamakan BF/GF klau kita tak mengutamakan parents kita dahulu.
# titiskan air mata kedua orang tua kita dengan kejayaan dari kita bukan kegagalan yang kita perolehi.
# penuhi lah setiap permintaan mereka selagi mereka ada di muka bumi ini walaupun permintaa mereka hanya sekecil zarah.
# selalu lah ucapkan "terima kasih" dan "minta maaf" dari mereka kerana itu sudah membuatkan mereka bahagia.

anak yang soleh adalah anak yang selalu mengingati dan mendoakan kesejahteraan mereka.

wassalam...
kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment