Monday, January 23, 2012

perjalanan

anyway, i just want to share my xperience wif u all about my journey from uum to kemunting, perak....

sharing is caring

mesti korang semua akan cakap yang aku memang buat keje gila and cari penyakit..

kiranya perjalananku kali ni mang berani mati lah.

jom kita tgk kisah perjalanan ku satu hari ni

jam 10am --> tunggu bas di depan Dewan Penginapan Pelajar *****

jam 11am --> bas mara liner sampai. selamat rasanya bas masuk juga hari ni. bila bas berhenti jer depan, tgk2 dalam bas orang xpenuh pun. yang penuhnya cuma bagasi2 yang besar..mak aii, cam ner nak naik bas ni..tp disebabkan nak juga balik hari ni terpaksa juga naik bas 2. duduk lah kat tangga. ade soang budak balakang aku ni nak juga naik bas..last bila bas nak tutup pintu je, beg dia tersepit. kesian aku tgk dia ni...aku tlg lah dia tarik beg dia dari tersepit..last2 berjaya juga...RM5.40

jam 11.30am --> smp kat Changlun terpaksalah turun coz ade budak nak turun bas. tapi tiba2 jer dtg satu pasangan kapel ni suka hati dy jer potong barisan time aku nak naik bas. mang aku wanted giler muka budak 2. blagak macho lah konon nya. pe barang kua date naik bas...x ade class langsung..

jam 1pm -->smp kat Shahab Perdana, Alor Star. plan pertama nak cari tiket ke Butterworth dulu. turun jer trus ade orang offer tiket ke sane..RM9.80

130pm --> bas smp then naik lah bas. aku duk single set tp slpnyer kerusi depan aku lak ade problem.tempat sandar dy rosak n xboleh nak bagi tegak. kesian aku tgk orang depan aku, xselesa. tengah2 duk tibe2 driver bas suh ktoang tkr bas sbb bas ade problem. dkat jam 2 baru lah gerak. dalam perjalanan 2 lak aku punya driver bawa bas menggila. seram jap aku dibuatnya. tp nak balik punya pasal aku steady jelah.

245pm --> bas sampai kat butterworth. turun2 jer terus tgk cari bas ke kemunting. tanya2 tiket ari 2 habis. mang cuak gler time 2. pas2 tel abang dia ckp amik jelah tiket ke Ipoh tp berenti jelah kat highway. ok, fine aku amik jelah tiket ke sana. RM 20

3pm --> bas gerak. sebelah aku budak laki. dengan muka selamber nya aku tny dia, bas ni berenti or x kat RnR Taiping. bdk laki 2 ckap mybe kot. pas2 dy suh aku p bgtau driver yang aku nak berenti kat c2. aku pun tny, last2 driver 2 ckp yg dy xmau berenti kat c2. aduyai masalah ni. pas2 dak laki sebelah aku offer diri nk tlg aku tny driver 2 skali lagi. pun xberjaya juga. masalah. last2 aku amik keputusan turun Ipoh jelah.bukan selalu aku nak tgk Ipoh kan.

510pm --> smp Gopeng, Ipoh. aku p cari tiket. kat c2 hampir kene tipu. ade satu kaunter 2 tanya aku nak p mane. aku cakap nak p kemunting. dy ckp ade tp RM18. mak aii mahal gler. nasib baik duit aku time 2 xcukup. so, aku plan nak cari tempat lain. cari2 last2 jumpa tiket ke kemunting. jam 630pm. RM8.50

650pm --> bas gerak ke Kemunting.jalan jem. time ni ati mang lapang sangat2 coz dah setel perjalanan aku. just kepala and badan jer yang penat sangat2.

815pm --> sampai ke bus stop Kemunting. tel abang suh dtg amik.

830pm --> abg smp and balik umah dy

***sepatutnya tambang aku dr uum ke Kemunting hanya kurang dari RM30 and masa yang aku amik hanya kurang dari 3 jam...tp disebabkan kelalaian aku n salah plan aku trus semuanya jd panjang and mahal ***
kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Thursday, January 19, 2012

finish

akhirnya habis juga exam untuk sem ni...to be continue untuk sem depan lak...pejam celik pejam celik cam tak caye lak yang aku dah nak masuk sem 6..wow..dah jadi super senior lah i...he5 (gelak sopan cikit)

esok pagi dah nak gerak ke Taiping (umah abg yg sulung) then 25hb kene patah balik ke UUM semula coz soknya nak gerak ke Bangkok..xsabar rasanya nak p sane nak release tension walaupun duit tengah pokai sekarang. pape pun yang penting dapat p sana. babai Malaysia *sementara jelah*

pas balik dari bangkok barulah dapat balik ke Pahang, kampung halaman ku yang sangat2 rindu. tambah2 lak lauk ikan patin masak tempoyak..uurrmm...sdpnyer....

that all for today..huhuhuhu...

stop update blog tuk sebulan..tgk lah kot2 kat sane rajin nak p cc...

time to enjoy *sebulan jerr jgn nk lebih2*




kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Monday, January 16, 2012

rahsia orang Yahudi mendidik anak


 hari saya telah terjumpa satu artikel dari blog serang senior. artikel ini telah dibuat oleh beliau dan dijadikan sebagai thesisnya. sungguh menakjubkan. jom kita baca...

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

…sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami…

Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama jika ada ikan.

Menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.
Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah…. (tekalah sendiri..!)

Pemerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.

Dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka, bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) dengan itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza dari segi IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!

Segala pelajaran dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah). Disini murid-murid diberi penekanan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institusi tinggi di politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan.

Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya. Anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala.

Perlakuan ini dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Sunday, January 15, 2012

seronoknya bila tengok orang lain dah mula angkat beg and kaki nak balik rumah dah. aku lak masih stay lagi kat sini mengadap buku-buku untuk di tela'ah. 2 paper lagi sedang menunggu "LAW" and "SP". bila dah tengok orang lain dah balik mulalah aku rasa tak semangat dah nak study.

*ingat ilah, ko ada 2 paper lagi...2 lah penentu result ko nanti...jangan sia2 kan*

14hb bersamaan hari SABTU  --> mesej dari mak <--

 mak : assalamualaikum.adek buat apa.ada exzem ke hari ini atau pun tidur. (2:58pm)
 aku  : salam..adk tgah stdy... (3:05 pm)
 mak : ##no reply##
 aku  : salam. mak bt ape 2..adk da blk da (6:31 pm)
 mak : ##no reply##
 mak : adek malam ni ada kerja sekolah ke.jikalau tak kerja mak tel. (7:20 pm)
 aku  :jap lagi adk nak p makan..nanti da siap adk msg mak ye (7:21 pm)
 mak :yalah adek apa pun saja nak kacau adek. (7:24 pm)

aku call mak jam 9:05 pm tapi  tak di angkat..dalam fikiran aku mybe mak solat kot..so xpelah, jap lagi lah call balik.

jam 9:07 pm mak call semula..rupa2nya mak call k.njang sebab nak cakap ngan cucunya, safiya... then aku bercerita punya cerita and sedar tak sedar aku dah cakap ngan mak dekat sejam... * kenyataannya mang sll gayut ngan mak lama2 sebab kredit mak mang banyak pun n satu ag, rindu dengan mak, rindu nak bercerita, rindu nak masak sama2, rindu nak makan sama2, pokoknya mang rindulah *

  • my mom dah pandai speaking english sekerang just ejaan jer salah 'exam' jadi 'exzam'...hehe...ok lah da ada kemajuan mak sekarang...im proud wif u mom.
  • aku mengadu dengan mak yang aku tak boleh nak jawab exam, ssh sangat soalan...tgk soalan pun dah cam tak pernah belajar..tp mak tak pernah pun marah kalau aku ckp cam 2 sebab mak tau tak ada apa yg ssh kat dalam dunia ni yang penting kita selalu berusaha dan ingat Allah selalu.
  • mak bagi aku nasihat. katanya "banyakkan baca al-quran, ingat Allah, bykkan berzikir and macam2 lah mak bagi tips2 untuk mudah belajar tapi aku ni jarang nak amalkan apa yang mak suruh. apelah nak jadi aku ni kan. tapi aku bersyukur sebab ada mak yang sangat memahami anaknya walaupun kadang2 banyak celotehnya @ membebelnya kalau anak2nya buat salah. itulah dinamakan seorang 'IBU'
banyak betul aku bercerita sal mak kan, ni lak cerita sal ayah...

  • ayah ni serang yang agak pendiam. dy ada time2 nya kalau nak bercakap. kami semua dah biasa dengan cara ayah and dah faham sangat. ayah aku yang paling risau sal aku kalau aku tak balik dalam jangka masa panjang or tak balik kalau dah janji. mesti hari2 ayah akan tanya mak "mane adk xblk lagi ke?" n peranan mak lak akan tel aku..hahahah...
  • erm..satu lagi sal ayah ni, dy mesti akan risau kalau aku tak pernah nak mnt duit. pelik kan, sllnya ayah akan membebel kalau anak dy mnt duit tp berbeza dgn ayah aku lak. mst ayah suruh mak call aku then tanya aku "cukup tak duit kat sana?" aku mst akan jawab "cukup lagi mak, t ujung sem baru tak cukup"...
moral kat sini :

# ingat parents kita selalu walaupun sejauh mane kita dduk sebab setiap saat parents kita buat, mereka akan mengingati kita.
# selalu lah telefon parents kita or msg mereka sebabsekali mereka telefon kita kita yang akan mendapat dosa sebab melupakan mereka seketika.
# utamakan lah parents kita daripada mengutamakan segala2nya ok. pk lah anda apa gunanya kita utamakan BF/GF klau kita tak mengutamakan parents kita dahulu.
# titiskan air mata kedua orang tua kita dengan kejayaan dari kita bukan kegagalan yang kita perolehi.
# penuhi lah setiap permintaan mereka selagi mereka ada di muka bumi ini walaupun permintaa mereka hanya sekecil zarah.
# selalu lah ucapkan "terima kasih" dan "minta maaf" dari mereka kerana itu sudah membuatkan mereka bahagia.

anak yang soleh adalah anak yang selalu mengingati dan mendoakan kesejahteraan mereka.

wassalam...
kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Friday, January 13, 2012

kenapa kita cepat letih???

Sebab 1: Kekurangan darah

  • Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang ‘heavy’ setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
  • Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
  • Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
  • Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

  • Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
  • Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

  • Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
  • UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
  • Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

  • Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
  • Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

  • Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

  • Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
  • ‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
  • Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
  • Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

  • Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Tuesday, January 10, 2012

think's before talk's

kita sedar or tak yang kita ni tak sedar pun apa yang kita cakap setiap hari dan tak 100% pun kita akan ingat apa yang kita cakap sebelum ni kan. 
bila kita marah
lagilah kita tak ingat apa yang kita cakap kat orang yang kita marah tu melainkan kalau kita RAKAM
kenapa kita perlu berfikir sebelum kita bercakap???
ingat x orang dulu2 pernah nasihat kan kat anak2
''kalau kita bercakap tentang keburukan orang lain, nanti orang kita akan terkena semula"
pernah korang semua alaminya???
moral kat sini 
kita kalau nak bercakap cubalah berfikir dahulu...jangan nak ikut suka hati je nak cakap
pastu bila ada orang mengata koang balik mula lah korang nak melenting tak tentu pasal
mula lah nak back-up diri yang diri 2 tak bersalah lah, diri 2 tak pernah mengutuk lah
mang betul yang koang xngutuk si A, tapi pernah x koang terPK 
yang koang pernah mengutuk orang disekeliling korang???
  so..
pasni sama2 lah kita menilai diri kita sedalam2nya.
jangalah kita cepat melatah bila sesuatu terkena pada diri kita
PK semula apa yang telah kita lakukan sebelum kita menunding jari kat orang lain k
carilah kelemahan diri kita dahulu
thinks before talk
its can be our life is perfect 

smile from me : put3Alvin 


kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

Monday, January 9, 2012