Saturday, December 10, 2011

fenomena hujan batu

Pasti semua orang tidak mengetahui tentang kewujudan ‘HUJAN BATU’ kan. Dan tidak semua orang akan merasa atau melihat secara reality tentang keajaiban HUJAN BATU. Bagi siapa yang pernah merasa nya pasti rasa sangat2 kagum akan fenomena seperti ini. Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang fenomena ini jom kita tgk fakta kewujudan HUJAN BATU. 

Hujan air batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.

Dan ini adalah fenomena berlakunya hujan batu di negeri ku, PAHANG…
Pada hari Isnin, 28 September 2009, hujan batu sebesar sebiji cawan berlaku di Jerantut,Pahang,Malaysia. Hujan pada jam 7.00 malam itu menyebabkan bahyak bumbung zink berlubang-lubang, pokok dan tiang elektrik tumbang. Biasanya hujan batu tida lebih sebesar duit syiling 50 sen. Hujan batu biasa terjadi di kawasan salji.
Jabatan Meteorologi Pahang mengaitkan hujan batu dengan Taufan Katrena di Filipina dan Vietnam.Ekor taufan Katrena bertembung dengan aktiviti awan Kumulonimbus yang membawa hujan dan ribut petir pada ketinggian 6,000 dan 9,000 meter dari paras bumi . Kemudian ia menyebabkan air bertukar menjadi ais dengan saiz ketulan yang besar di atmosfera dan tidak sempat mencair apabila memasuki ruang udara. Ribut pertir berlaku di Jerantut, Bera, Maran dan Rompin. Tetapi hanya Jerantut menerima hujan air batu.

Fakta kewujudan hujan batu melalui Islam

Pengenalan Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains moden sejak 1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu turut dinyatakan di dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu menjelaskan bagaimana ia terjadi. Qur’an adalah satu bahan bacaan atau rujukan dalam bahasa Arab yang secara keseluruhannya paling sempurna.Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang suci kepada umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai bukti utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh telap yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola golf, sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai bentuk.

(Surah An-Nuur : 43)

Terjemahannya: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Dan ini adalah peristiwa yang benar2 berlaku dalam hidupku. 
Kejadian ni berlaku sekitar 90an. Waktu itu aku masih lagi sekolah rendah, darjah berapa tu aku tak pasti. Suatu petang sekitar jam 5 or 6, aku,ayah dan abang sedang asyik meneka bola di dalam surat khabar kerana waktu itu ayah ku sangat fanatic dgn peraduan teka bola takraw tak salah aku. Emak pula sedang menggoreng bihun untuk dijadikan juadah pada petang itu. 

Tiba2 hujan lebat turun sehingga menyebabkan kami sukar untuk berkomunikasi dengan jelas, emak pula memanggil kami untuk merasa bihun yang dimasaknya samada sedap atau tidak tapi malangnya aku, abang dan ayah tidak mendengar panggilan dari emak sehingga mak dating kepada kami lalu menepuk belakang aku. Terkejut aku waktu itu kerana tidak menyedari akan kehadiran mak dari dapur.

Lalu mak merasa hairan kerana hujan pada petang itu sangat2 lebat tidak seperti selalu sehinggakan kami merasa bumbung rumah kami nak runtuh aja. Tiba2 aku dengar jiran aku seperti memanggil2 aku dan keluargaku, sepertinya ada yang tak kene. Emak pun pergi lah membuka pintu dan alangkah terkejutnya kami apabila melihat hujan yang turun pada petang itu bukan sahaja air malah ais juga turun. Aku dapat bayangkan lagi di halaman rumah ku penuh dengan ais seperti salji sedang turun macam di korea g2. Jiran aku menyuruh kami mengutipnya dan memakan ais tersebut sebab kata org2 tua ia boleh buat kita jadi cerdik. Btl ke tak waallahualam. Tapi yang menyiksakan kami, bila nak mengutip ais tersebut kami terpaksa meredah nya dan apabila ais2 tersebut kena pada badan sangat menyakitkan dan pada masa yang sama petir juga ada so ini menyukarkan aku dan abang untuk terus mengutipnya. Yang kelakarnya sambil aku kutip sambil masuk mulut.memang sdp. Memory yang tak akan aku lupa sampai bila2.


kalau syuke LIKE ye..jangan lupa komen juga

No comments:

Post a Comment